Apakah Pencapaian Subjek Matematik Dan Sains, Murid-murid SJKC Di Bawah Formula 2-4-3?
Thursday, 21-09-2006
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM
KAWASAN : SEPUTEH
TARIKH : 21.09.2006 (KHAMIS)
SOALAN:
Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah pencapaian subjek Matematik dan Sains, murid-murid SJKC di bawah formula 2-4-3. Apakah medium bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan Matematik dan Sains pada tahun 2008.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Kajian Status Pencapaian Murid untuk melihat pencapaian murid dalam pelaksanaan Pragram Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matermatik (PPSMI) sejak dilaksanakan pada tahun 2003. Dapatkan kajian tersebut menunjukkan bahawa prestasi murid termasuk di SJKC dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tidak terjejas. Dalam ujian yang dijalankan di bawah kajian tersebut bagi mata pelajaran Sains Tahun 3 pada tahun 2005, sebanyak 80.3% murid berjaya memperoleh markah 40% ke atas. Manakala bagi mata pelajaran Matematik Tahun 3 pula, sebanyak 53.1% murid memperoleh markah 40% ke atas (more…)