Jenis-jenis Approved Permits (AP) sedia Ada Selain Daripada AP Untuk Mengimport Automotif

Thursday, 21-09-2006

SOALAN NO.23

PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM

KAWASAN : SEPUTEH

TARIKH : 14.09.2006 (KHAMIS)

Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIOM (SEPUTEH) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jenis-jenis Approved Permits (AP) sedia ada selain daripada AP untuk mengimport automotif. Rasional untuk mengadakan AP selain daripada AP bagi automobil dan rasional Kerajaan mengadakan AP jenis ini untuk mengimport produk ataupun barangan tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Pada masa ini, terdapat 1,251 barangan yang dikenakan Lesen Import (AP)di bawah Akta Perintah Kastam 1967. Daripada jumlah ini, sebanyak 607 barangan yang bersamaan 48 peratus dikenakan AP adalah di bwah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Selebihnya adalah di bawah tanggungjawab pelbagai Kementerrian dan jabatan lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanah, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bekalan Elektrik dan Jabatan Alam Sekitar.

Tuan Yang DiPertua,

Barangan yang memerlukan AP daripada MITI ialah :

•251 jenis barangan besi dan keluli yang diluluskan kepada pengilang-pengilang. Sehingga kini terdapat sebanyak 850 syarikat yang diluluskan AP untuk mengimport barangan ini;

•217 jenis barangan automotif seperti kereta dan motosikal penumpang yang diberi kepada pemeganga AP Terbuka dan Pemegang Francis dan kenderaan komersil. Sehingga kini terdapat sebanyak 20 syarikat pemegang AP kereta CBU untuk kategori terbuka. Selain itu, terdapat syarikat yang diluluskan AP untuk mengimport komponen CKD untuk pemasangan kenderaan di dalam Negara iaitu 37 syarikat untuk CKD kereta dan 10 syarikat untuk CKD motosikal;

•59 jenis barangan mesin dan jentera berat seperti kren, jentolak, mesin pendua dan sebagainya yang dikeluarkan kepada pengilang dan pengimport yang layak. Sehingga kini terdapat sebanyak 1,088 syarikat yang diluluskan AP untuk mengimport barangan ini;

•42 jenis barangan keperluan seperti gula mentah yang hanya dikeluarkan kepada pengilang, lain-lain gula, susu dan tepung gandum yang dikeluarkan kepada pengilang dan pengimport. Sehingga kini terdapat sebanyak 4 sysarikat yang diluluskan AP untuk mengimport gulan mentah, 137 syarikat untuk lain-lain gula,7 syarikat untuk susu dan 20 syarikat untuk tepung.

•26 jenis barangan bahan kimia berbahaya di bawah “Chemical Weapon Convention’(CWC) yang hanya diluluskan kepada pengilang-pengilang. Sehingga kini terdapat sebanyak 17 syarikat yang diluluskan AP untuk mengimport barangan ini;

dan

•12 jenis barangan lain seperti topi keselamatan, pita magnetik dan sebagainya yang diluluskan kepada pengilang dan pengimport Sehingga kini terdapat sebanyak 47syarikat yang diluluskan AP untuk mengimport barangan ini.

Jumlah keseluruhan ialah 607 jenis barangan yang melibatkan sebanyak 2,314 buah syarikat.

Tuan Yang DiPertua,

AP dikenakan ke atas barangan-barangan ini dengan tujuan

•Memberi perlindungan kepada Industri tempatanl

•Mengelakkan Malaysia menjadi pusat lambakan barangan buruk/terpakai;

•Memantau pengimportan dan pengeksportan bahan-bahan berbahay seperti kimia dan sumber asli negaral

•Komitmen antarabangsa mengenai pengawalan alam sekitar;

•Memantau dan memastikan pembekalan barangan keperluan mencukupi dalam negara di bawah Akta Kawalan Harga 1946 (Disemak 73) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Disemak 1973);

dan

•keselamatan

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2006/09/21/jenis-jenis-approved-permits-ap-sedia-ada-selain-daripada-ap-untuk-mengimport-automotif/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>