Apakah Pencapaian Subjek Matematik Dan Sains, Murid-murid SJKC Di Bawah Formula 2-4-3?

Thursday, 21-09-2006


PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM

KAWASAN : SEPUTEH

TARIKH : 21.09.2006 (KHAMIS)

SOALAN:

Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah pencapaian subjek Matematik dan Sains, murid-murid SJKC di bawah formula 2-4-3. Apakah medium bahasa yang akan digunakan dalam peperiksaan Matematik dan Sains pada tahun 2008.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Kajian Status Pencapaian Murid untuk melihat pencapaian murid dalam pelaksanaan Pragram Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matermatik (PPSMI) sejak dilaksanakan pada tahun 2003. Dapatkan kajian tersebut menunjukkan bahawa prestasi murid termasuk di SJKC dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tidak terjejas. Dalam ujian yang dijalankan di bawah kajian tersebut bagi mata pelajaran Sains Tahun 3 pada tahun 2005, sebanyak 80.3% murid berjaya memperoleh markah 40% ke atas. Manakala bagi mata pelajaran Matematik Tahun 3 pula, sebanyak 53.1% murid memperoleh markah 40% ke atas (more…)

The Verbatim Report Of The Emergency Motion Debate On Pope Benedict XVI in Malaysian Parliament Dated 19th September 2006


USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH
PERATURAN MESYUARAT 18(1)

KENYATAAN POPE BENEDICT MENCETUSKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli Yang Berhormat. Sekarang masa telah pun pukul 4.30 petang dan menurut keputusan yang telah pun dibuat pada pagi tadi, satu usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) telah dibenarkan dibahaskan pada petang ini. Saya sekarang memulakan perbahasan usul itu. Seperti yang telah pun diputuskan tadi, pihak pencadang akan diberi masa 30 minit dan pihak kerajaan juga 30 minit. Yang Berhormat bagi Kubang Kerian sila kemukakan.

4.31ptg
Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Bismillahir Rahmannir Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita membincangkan tentang Usul yang saya kemukakan pada pagi tadi, saya mengucapkan terima kasih di atas Tuan Yang di-Pertua, yang telah pun memberikan keizinan untuk usul ini dibahas, dan saya mengharapkan hasil daripada perbahasan usul ini akan menatijahkan sesuatu implikasi yang sihat dan subur di dalam kita memberikan sumbangan ke arah keharmonian kehidupan beragama, khususnya dalam negara kita (more…)

Jenis-jenis Approved Permits (AP) sedia Ada Selain Daripada AP Untuk Mengimport Automotif

SOALAN NO.23

PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM

KAWASAN : SEPUTEH

TARIKH : 14.09.2006 (KHAMIS)

Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIOM (SEPUTEH) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jenis-jenis Approved Permits (AP) sedia ada selain daripada AP untuk mengimport automotif. Rasional untuk mengadakan AP selain daripada AP bagi automobil dan rasional Kerajaan mengadakan AP jenis ini untuk mengimport produk ataupun barangan tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Pada masa ini, terdapat 1,251 barangan yang dikenakan Lesen Import (AP)di bawah Akta Perintah Kastam 1967. Daripada jumlah ini, sebanyak 607 barangan yang bersamaan 48 peratus dikenakan AP adalah di bwah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Selebihnya adalah di bawah tanggungjawab pelbagai Kementerrian dan jabatan lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanah, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bekalan Elektrik dan Jabatan Alam Sekitar (more…)