Budget Speech Part 5 —Salary And Allowance Of Police Should Be Increased
Wednesday, 13-09-2006Gaji dan Elaun Anggota Polis Harus Dinaikkan
Datuk yang diPertua, banyak cadangan telah dibuat oleh Suruhanjaya DiRaja untuk menambahbaikan prestasi PDRM, termasuk memberi lebih peruntukan kepada PDRM dan menambah gaji dan elaun anggota polis kita. Saya merasa hairan kerajaan tidak mengambil cadangan yang penting ini dalam bajet 2007, apa yang naik hanyalah elaun gantian motosikal yang sedia ada untuk polis peronda daripada RM80 kepada RM120 sahaja.
Datuk yang diPertua, kadar jenayah di negara kita telahpun menaik dengan kadar yang mendadak dan kita memerlukan pasukan polis yang berkesan untuk melawan dan menawan penjenayah yang semakin dahsyat dan kejam. Saya merasa hairan bahawa kerajaan hanya memberi peruntukan untuk pemasangan CCTV di kawasan yang sering berlaku jenayah, menambah 2 ribu unit kereta peronda polis dan 3 ribu pemandu polis, tetapi bukan memberi lebih peruntukan untuk meningkatkan gaji dan elaun anggota polis kita.
Sekiranya kita menghendaki PDRM menjadi pasukan polis kelas dunia pertama, maka kita mesti menaikkan gaji dan elaun mereka yang begitu rendah dengan dua atau 3 lipat ganda, supaya PDRM boleh menarik lebih pemuda yang cerdik pandai dan gagah berani untuk menyertai PDRM. Saya difahamkan bahawa pasukan polis di banyak negara, khususnya United Kingdom adalah lebih tinggi daripada profesional biasa, selain itu, mereka juga diberi elaun kerja lebih masa sekiranya mereka dikehendaki untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Singapura, gaji yang dibayar kepada polis adalah lebih tinggi daripada tentera. Malangnya ini tidak berlaku di negara kita.
Saya difahamkan bahawa PDRM masih kekurangan 1,500 pegawai pentadbiran sehingga ramai anggota polis tidak dapat melakukan kerja rondaan dan siasatan tetapi membuat urusan pentadbiran dan kerani di PDRM. Saya juga diberitahu bahawa elaun telefon bergerak RM200 yang dijanjikan diberi kepada pegawai polis pada tahun lepas, tetapi apa yang mereka dapat pada akhirnya ialah RM50 sebulan sahaja. Kenapakah ini berlaku?
Datuk yang diPertua, sekiranya kita meneliti bajet kita setiap tahun, peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pertahanan adalah jauh lebih tinggi daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Dalam bajet 2007, dari segi perbelanjaan pengurusan, Kementerian Pertahanan diberi RM8.62 billion, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diberi RM4.62 billion. Bagi Perbelanjaan Pembangunan pula, Kementerian Pertahanan diberi RM4.76 billion manakala Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diberi RM1.6 billion.
Datuk yang diPertua, negara kita bukannya dalam peperangan, kenapakah dana yang begitu banyak disalur kepada Kementerian Pertahanan? Kenapakah kerajaan tidak memberi lebih peruntukan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri demi menaikkan gaji dan elaun pegawai polis, kerana musuh utama kita sekarang ialah penjenayah?
Akhirnya, saya menyeru kerajaan menerima cadangan daripada Suruhanjaya DiRaja untuk menubuhkan IPCMC dan juga menaikkan gaji dan elaun polis.
“Datuk yang diPertua, sekiranya kita meneliti bajet kita setiap tahun, peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pertahanan adalah jauh lebih tinggi daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. ”
– purchase of military hardward is expensive and perhaps there is more army personnel than police – but then again, as u correctly mention, we are not at war so why spend so much? – need to look at the procurement details of the arm forces and details should be made available
Inconsistent with your reputation as a police basher, you are right about raising allowance for police as lowly paid police are more vulnerable to seduction of bribe so IGP Musa are you listening? No, I don’t think so.
Comment by lee wee tak — Sunday, 17-09-2006 @ 17: 21.24
It is very timely our police force be given a special salary scheme. Risking life everyday is not as easy as we just say it. Give them what they should be given. I’ve heard their moral are slowing down now, that made the IGP came up with the statement to ask for an increasement.
musa
Comment by musa — Tuesday, 19-09-2006 @ 05: 58.01