Budget Speech Part 3 —What is the Future of Proton Car?
Wednesday, 13-09-2006Masa Depan Kereta Proton dan Penyelewengan Dalam Syarikat Proton
Ucapan bajet 2007 tidak menyentuh tentang perancangan kerajaan terhadap kereta Proton. Saya difahamkan bahawa terdapat 42,000 unit stok kereta Proton pada harga RM40,000 setiap unit setakat Jun 2006. Di antaranya 5,000 unit stok kereta Proton ini adalah dibuat pada tahun 2005. Kereta baru yang tidak jual dalam tempoh 3 bulan selepas ia dibuat akan menjadi rosak. Jumlah unit stok kereta yang tertinggal dan tidak dijual ini bernilai sebanyak RM1.68 billion.
Pada bulan September 2005, syarikat Proton telah memberi diskaun sebanyak RM150 juta kepada ‘dealer’ ataupun pembekal dan juga pembeli, sekiranya kita menambah kos pengiklanan, jumlahnya telah menjadi RM200 juta. Projek yang dipanggil P21 ini pun telah menjadi kereta Proton tidak beruntung. Sekarang terwujudnya persaingan pemotongan harga jualan kereta Proton kerana kereta Proton memang tidak laku di pasaran kereta kita..
Sehubungan dengan itu, saya difahamkan bahawa wang tunai di syarikat Proton juga telah jatuh daripada RM2.4 billion kepada RM500 juta dalam tempoh 12 bulan. Saya ingin minta kementerian memberi penjelasan tentang sebab pengurangan wang tunai di syarikat Proton dan memberi pecahan penggunaan wang tunai ini. Selain itu, saya juga ingin tanya, projek kenderaan baru yang telah dijanjikan ialah RM4 billion, memandangkan Syarikat Proton sekarang hanya mempunyai RM500 juta di tangannya, macam manakah syarikat Proton mencari RM3.5 billion untuk melancarkan projek-projek kenderaan baru? Sekiranya syarikat Proton tidak mengeluarkan kereta Proton baru, maka syarikat Proton tentu susah untuk diteruskan lagi.
Datuk yang diPertua, perniagaan dan industri Proton akan menghasilkan impak terhadap 40 ribu orang yang bergantung kepada kereta Proton yang telah meletakkan pelaburan yang berjumlah dalam anggaran RM13 billion ke dalam industri ini. Sebenarnya 80% pembekal Proton dan 40% vendor Proton telah menghadapi kerugian yang serius. Soalan yang saya ingin tanya ialah, kerajaan telah menukar CEO dan anggota lembaga syarikat Proton selama satu tahun, kenapakah kereta Proton menghadapi kerugian yang semakin teruk selepas orang baru mengambil-alih lembaga pengarah? Apakah rancangan lembaga pengarah syarikat Proton untuk menyelamatkan kereta Proton?
Sehubungan dengan itu, saya difahamkan bahawa Pengerusi bukan eksekutif (non-executive chairman) syarikat Proton dibayar elaun bulanan sebanyak RM24,000 manakala bekas pengerusi hanya menerima RM 50,000 hingga RM60,000 setahun. Saya juga difahamkan bahawa beliau dan keluarganya diberi layanan penerbangan kelas pertama untuk pergi ke mana-mana tempat di dunia ini, beliau diberi penjaga keselamatan untuk rumahnya, selain itu, beliau dan seluruh keluarganya diberi layanan perubatan dan perubatan gigi secara percuma. Sekiranya seseorang hanya memegang jawatan ‘bukan eksekutif’, kenapakah beliau diberi layanan yang begitu istimewa memandangkan syarikat Proton mengalami kerugian yang begitu teruk dan wang tunai yang semakin berkurangan sekarang?
Datuk yang diPertua, saya amat meragui jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri Kewangan terhadap soalan lisan saya pada 5 September 2006 bahawa kereta Proton dijangka akan mencipta keuntungan pada tahun 2006. Saya ingin minta pihak kementerian memberi satu jawapan yang terperinci tentang rancangan kerajaan untuk menyelamat kereta Proton.
Bilakah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah dikuatkuasakan?
Datuk yang diPertua, kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah dalam sidang Parlimen Jun dan Julai tahun ini. Kedua-dua rang undang-undang ini merupakan hasil pengumpulan pandangan orang ramai dan rundingan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah memakan masa selama dua tahun. Banyak pindaan dalam kedua-dua rang undang-undang ini telah mendatangkan sambutan yang baik daripada banyak pihak, khususnya beberapa fasal yang memelihara hak asasi manusia, termasuk fasal 113 dan 117 dalam Kanun Tatacara Jenayah, dan juga denda khimat masyarakat terhadap pesalah muda. Banyak pihak sekarang tertanya-tanya, bilakah rang undang-undang ini akan dikuatkuasa dan dilaksanakan supaya fasal-fasal yang mempertahankan hak asasi manusia ini boleh dilaksanakan.
Datuk yang diPertua, saya difahamkan bahawa satu rundingan beberapa pihak telahpun dipanggil oleh Peguam Negara terhadap hukuman Khidmat Masyarakat yang termaktub dalam rang undang-undang Kanun Tatacara Jenayah beberapa minggu lepas kerana pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata mereka belum bersiap-sedia dalam program Khidmat Masyarakat dan mereka tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk mengendalikan program ini. Selain itu, ada juga pihak yang berkata fasal berkenaan tidak memberi keperincian yang cukup.
Sebagai salah seorang anggota dalam Jawatankuasa Pilihan Khas ini, saya merasa kesal terhadap kenyataan seperti ini kerana wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, JAKIM dan Peguam Negara telah bermesyuarat bersama Jawatankuasa Pilihan Khas ini selama 2 tahun. Kesemua wakil kementerian ini sepatutnya telah memanjangkan hasrat dan keputusan Jawatankuasa Pilihan Khas ini kepada jabatan-jabatan berkenaan, kenapakah pihak agensi-agensi kerajaan ini sekarang berkata bahawa fasal rang undang-undang itu tidak terperinci dan kementerian tidak bersiap-sedia untuk melaksanakannya. Bukankah ini merupakan satu alasan ataupun ‘excuse’ yang tidak munasabah? Perdana Menteri kita telah banyak kali menekankan sistem penyampaian dalam kerajaan dan beliau menekankan lagi dalam ucapan bajet 2007 ini, kenapakah agensi kerajaan kita masih melengah-lengah untuk melaksanakan usaha ahli Parlimen yang cuba memajukan undang-undang jenayah kita ini? Saya berharap kementerian yang berkaitan boleh memberi satu penjelasan terhadap perkara ini, dan saya ingin menyeru kerajaan akan melaksanakan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas dengan secepat mungkin.
Alternatives for Proton
– hire a foreigner with power to fire staff and ditch suppliers but given strict time limit to turn things around in Proton
– hire a local business man (no consideration for skin colour) with power to fire staff and ditch suppliers but given strict time limit to turn things around in Proton
– continue with existing practice of replacing the top man with another government recommended person, promise nice things but perpetuate unsound pracices
– sell the proton business and try the Thailand model of making Malaysia the Detroit of SEA …. but Thailand have a great head start already….
what else?
Comment by lee wee tak — Sunday, 17-09-2006 @ 16: 59.04
“Sehubungan dengan itu, saya difahamkan bahawa Pengerusi bukan eksekutif (non-executive chairman) syarikat Proton dibayar elaun bulanan sebanyak RM24,000”
– if “non-executive”, it should meant an outsider providing high level but independent onput into running of the company. Getting a monthly remuneration would suggest the individual is not independen. An independent Director should get an annual or semi-annual payment.
“...manakala bekas pengerusi hanya menerima RM 50,000 hingga RM60,000 setahun. Saya juga difahamkan bahawa beliau dan keluarganya diberi layanan penerbangan kelas pertama untuk pergi ke mana-mana tempat di dunia ini, beliau diberi penjaga keselamatan untuk rumahnya, selain itu, beliau dan seluruh keluarganya diberi layanan perubatan dan perubatan gigi secara percuma.” – if “bekas”, then he should not be paid. If I have left a company and as a “bekas pekerja” I still get paid, then if does not sound right.
“Sekiranya seseorang hanya memegang jawatan ‘bukan eksekutif’, kenapakah beliau diberi layanan yang begitu istimewa memandangkan syarikat Proton mengalami kerugian yang begitu teruk dan wang tunai yang semakin berkurangan sekarang?” – if an supposedly independent person who should be performing check and balance corporate funtions (e.g. involved in audit committee/ remuneration committee) then getting such delicious treatment can mean very little else, eh? wink, wink.
Comment by lee wee tak — Sunday, 17-09-2006 @ 17: 05.23
The PriceWaterhouse investigative report published in the edge showed many inappropriate practices in Proton…such as no board approval for major investment decisions etc. So that was the previous management but what about the current ones.
Being a national car dictating the level of taxes Malaysian pays, I think together with Petronas, the annual audited financial statements, the Board’s report on corporate governance and internal control measures should be mabde public, not unlike financial statments of banks.
Comment by lee wee tak — Sunday, 17-09-2006 @ 17: 10.57