Budget Speech Part 5 —Salary And Allowance Of Police Should Be Increased
Wednesday, 13-09-2006Gaji dan Elaun Anggota Polis Harus Dinaikkan
Datuk yang diPertua, banyak cadangan telah dibuat oleh Suruhanjaya DiRaja untuk menambahbaikan prestasi PDRM, termasuk memberi lebih peruntukan kepada PDRM dan menambah gaji dan elaun anggota polis kita. Saya merasa hairan kerajaan tidak mengambil cadangan yang penting ini dalam bajet 2007, apa yang naik hanyalah elaun gantian motosikal yang sedia ada untuk polis peronda daripada RM80 kepada RM120 sahaja.
Datuk yang diPertua, kadar jenayah di negara kita telahpun menaik dengan kadar yang mendadak dan kita memerlukan pasukan polis yang berkesan untuk melawan dan menawan penjenayah yang semakin dahsyat dan kejam. Saya merasa hairan bahawa kerajaan hanya memberi peruntukan untuk pemasangan CCTV di kawasan yang sering berlaku jenayah, menambah 2 ribu unit kereta peronda polis dan 3 ribu pemandu polis, tetapi bukan memberi lebih peruntukan untuk meningkatkan gaji dan elaun anggota polis kita (more…)