Budget speech Part 2 —The post of mayor of KL should not be held by BN politicians

Tuesday, 12-09-2006

Budget speech Part 2

Membantah Ahli Politik Menjadi Datuk Bandar KL

Datuk yang diPertua, baru-baru ini terdapat ahli-ahli politik BN mencadangkan jawatan Datuk Bandar DBKL dipegang oleh ahli politik dan bukannya pegawai kerajaan. Saya amat tidak setuju tentang cadangan ini kerana ia adalah membuka pintu bagi korupsi dan kronisme BN berlaku pada tahap tinggi berlaku dengan lebih serius di Kuala Lumpur.

Pada waktu sekarang, orang yang paling menyalahgunakan kuasa dan mencabuli undang-undang ataupun peraturan DBKL ialah ahli politik daripada Barisan Nasional dan bukannya parti pembangkang. Cawangan-cawangan BN selalu mencerobohi tanah hijau dan mendirikan premis cawangan mereka atas tanah kerajaan. Contoh yang paling ketara ialah bangunan Cawangan UMNO Seputeh. Bangunan UMNO Seputeh ini telahpun didirikan di tanah kerajaan di Jalan Kuchai Lama selama beberapa tahun. Ahli-ahli UMNO Seputeh ini enggan berpindah apabila DBKL menjalankan pembinaan jambatan bertingkat yang bertujuan meredakan kesesakan trafik di sekitar kawasan itu sehingga projek tersebut terpaksa tergendala selama 1 tahun lebih. Sekarang, bangunan UMNO Seputeh dipindah ke Taman Desa. Saya difahamkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan memberi peruntukan kepada pembinaan premis cawangan baru tersebut atas nama Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Parlimen Seputeh. Selain itu, bangunan cawangan itu sekali lagi dibina pada tapak permainan kanak-kanak di Taman Desa.. Soalan saya ialah, bukankah ini satu bentuk korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang diinstitusikan melalui dana dan jentera kerajaan? Kenapakah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL membenarkan penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara dilakukan oleh UMNO Seputeh? Saya percaya masalah penyalahgunaan kuasa ini akan lebih serius sekiranya jawatan Datuk Bandar diipegang oleh ahli politik Barisan Nasional.

Penyalahgunaan kuasa ini juga dilakukan oleh MCA. Bangunan MCA Cawangan OUG juga diletakkan pada tanah hijau di sebelah Jalan Awan Besar. Semasa jalan tersebut dilebarkan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dari Kawasan Bandar Tun Razak malah mengarahkan kontraktor projek berkenaan untuk membantu MCA membesarkan halaman MCA OUG di tanah hijau tersebut. Arahan itu tidak dijalankan kerana penduduk di sekitar keluar membantah tindakan ini.

Sebagai wakil rakyat, saya jarang berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur kecuali saya ada isu rakyat yang amat penting yang perlu campurtangan daripada Datuk Bandar. Perbezaan di antara wakil rakyat DAP dengan ahli politik BN ialah, kami jumpa Datuk Bandar atas isu rakyat tetapi ahli politik BN berjumpa dengan Datuk Bandar demi kepentingan mereka sendiri, kebanyakan mereka berjumpa dengan Datuk Bandar kerana ingin minta projek. Apabila permintaan untuk mendapatkan projek ditolak oleh DBKL berkali-kali, mereka pun berpakat untuk mendesak Datuk Bandar ditukar kepada ahli politik. Pada pandangan saya, walaupun Datuk Bandar sekarang mungkin pernah membuat kesilapan sana-sini, tetapi beliau sebenarnya lebih ‘profesional’ dan lebih mesra berbanding dengan bekas Datuk Bandar yang lebih pro- ahli politik BN.

Datuk yang diPertua, sekiranya kerajaan berikhtiar untuk membasmikan rasuah dan kronisme daripada sistem kerajaan kita, maka pihak kerajaan, khususnya Badan Pencegah Rasuah haruslah bertumpu pada agensi-agensi kerajaan tempatan, khususnya majlis perbandaran dan pejabat tanah. Sekiranya kerajaan ingin melantik ahli politik untuk menjadi Datuk Bandar, maka perlantikan ini sepatutnya dibuat oleh penduduk di Kuala Lumpur melalui pilihan raya kerajaan tempatan. Biarlah pembayar cukai di Kuala Lumpur untuk membuat keputusan siapakah yang patut menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur, biarlah keputusan ini dibuat oleh rakyat dan bukannya Barisan Nasional.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2006/09/12/budget-speech-part-2-the-post-of-mayor-of-kl-should-not-be-held-by-bn-politicians/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>