Budget speech Part 1 — Reduction of FDI to Malaysia
Tuesday, 12-09-2006Dear friends,
I have delivered my budget speech today, below is my speech that touch on a few issues. Your views and inputs are welcome.
teresa
(Part 1 of my budget speech)
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Bajet 2007 Pada 12 September 2006
Datuk yang diPertua, Bajet 2007 merupakan satu bajet yang agak menyeluruh berbanding dengan tahun lepas, tetapi malangnya ia telah gagal menyentuh banyak isu ekonomi dan politik.
Dana Pelaburan Terus (FDI) Berkurangan
1) Dana Pelaburan Asing Terus ataupun FDI. Bajet 2007 tidak menyentuh tentang cara-cara kerajaan ingin menarik kemasukan FDI ke negara kita. Sekiranya kita membuat satu perbandingan di antara kemasukan FDI di rantau ini, kita akan mendapati Malaysia merupakan negara yang menikmati kemasukan FDI yang paling kurang.
Misalnya, FDI di Indonesia bertambah daripada RM3.7 billion kepada RM12.96 billion, FDI di Thailand bertambah daripada RM5.18 billion ke RM13.68 billion; FDI di India bertambah daripada RM19.6 billion kepada RM22.2 billion. Sebaliknya FDI di Malaysia berkurangan daripada RM17 billion pada tahun lepas ke RM15.54 billion.
Kerajaan mesti mengkaji kenapakah pelabur asing enggan datang ke Malaysia. Negara kita mempunyai sumber asli yang banyak dan pekerja yang berpendidikan tinggi yang semakin bertambah, kenapakah kita gagal menarik mereka untuk terus melabur ke Malaysia? Apakah ini disebabkan oleh negara kita kekurangan alam perniagaan (business environment) yang memuaskan? Apakah ini disebabkan oleh korupsi, kekurangan efisiensi dan ketidakadilan dari segi peluang persaingan di antara kaum yang berlainan yang telah menjadi budaya di negara kita? Kenyataan yang diluahkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian bahawa pelabur asing yang tidak suka tentang sistem 30% kuota kepada kaum Bumiputera adalah lebih baik tidak datang ke Malaysia. Kenyataan yang angkuh dan sombong seperti ini sudah tentu menakutkan pelabur asing daripada datang ke Malaysia dan kita akan rugi pada akhirnya.
Selain itu, saya juga menerima aduan daripada pelabur asing bahawa kontrak yang dimeterai oleh mereka dengan kerajaan Malaysia tidak dipatuhi dan dihormati. Contoh yang paling ketara ialah kes syarikat InvenQjaya, di mana kerajaan sekarang tidak mengikuti kesemua tawaran dan syarat yang termaktub dalam perjanjian, dan malah menggunakan polis untuk membeku akaun bank dan aset syarikat tersebut selama satu setengah tahun tanpa sebab-sebab yang munasabah, menyebabkan pelabur asing tersebut terpaksa mendakwa kerajaan di mahkamah. Kes seperti ini pun telah menakutkan pelabur asing daripada melabur di Malaysia. Saya ingin minta pihak Kementerian Kewangan memberi satu penerangan di dewan ini sebab kerajaan tidak menunaikan janji dan mematuhi kontrak dengan InvenQjaya.
Soalan saya ialah, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membetulkan keadaan ini dan menarik kemasukan FDI ke Malaysia?
Kerajaan Harus Mengkaji Dasar Untuk Menarik Talent ke Malaysia
2) Sehubungan dengan itu, tiap-tiap tahun kita mempunyai beribu-ribu rakyat Malaysia yang belajar di luar negeri pilih untuk bekerja di luar negeri. Selain itu, ramai orang asing yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu ingin bekhidmat dan bermastautin di Malaysia menghadapi permohonan mereka ditolak. Penawaran kewarganegaraan yang ketat ini pun menyebabkan ramai orang asing yang belajar ataupun berkhidmat di Malaysia terpaksa berhijrah ke negara lain yang sudi menerima mereka sebagai pemastautin tetap ataupun warganegara.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mencontohi dasar negara lain yang mengalu-alukan talent asing. Misalnya ASEAN Scholarship yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura telah menarik beribu-ribu warga asing yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang untuk belajar dan akhirnya bekerja di Singapura. Biasiswa ini juga telah menarik beratus-ratus pelajar Malaysia yang cerdik-pandai untuk belajar dan berkhidmat di Singapura, dan ramai di antara pelajar Malaysia ini akhirnya menjadi pemastautin tetap di Singapura. Begitu juga dengan dasar kerajaan Australia yang menawarkan status pemastautin tetap kepada pelajar asing yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang di negaranya, penawaran ini juga berjaya menarik ramai warga asing, termasuk orang Malaysia yang mempunyai kemahiran dan berpendidikan yang tinggi untuk menyumbang kebolehan mereka kepada ekonomi Australia.
Sekiranya Malaysia ingin mencapai status negara maju, kita mesti mempunyai dasar yang menarik talent dan orang yang cerdik-pandai untuk bermastautin dan bekerja di Malaysia. Di Amerika Syarikat, masyarakat orang Asian di negara itu telahpun menyumbang USD3 trillion kepada ekonomi Amerika Syarikat, dan sumbangan mereka adalah amat penting kepada ekonomi Amerika Syarikat.
Sebaliknya, dasar kerajaan yang mengamalkan hak kewarganegaraan yang ketat telahpun menyusahkan orang asing yang mempunyai kemahiran tinggi yang berkahwin dengan warga Malaysia. Ramai suami asing dan isteri asing yang merupakan professional mengadu bahawa mereka ditegah daripada bekerja dan permohonan untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia. Dasar ini pun secara tidak langsung menyebabkan kita kehilangan tenaga kerja yang berkemahiran daripada menyumbang kepada ekonomi kita. Ini adalah dasar yang harus dikajisemula oleh kerajaan.
YB, I heard stories also about some investors got fed up with the amount of bureacracy involved in Malaysia.
Personally I worked for a company who obtained MITI approval for setting up factory including an invitation to get pioneer status but the Majlis Daerah Tempated refused to issue a business licence….and no reasons offered, the officer in charge was elusive …back in 1999.
Another thing is about the attitude and productivity of our labour force. A Taiwanese factory manager told me the difference,” In Taiwan I tell people what to do but here I watch people doing work”.
If you look at hungry Mainland Chinese and Vietnamese, their willingness to break sweat compared to our workers’ own attitude, the gap is frigthening.
Comment by lee wee tak — Sunday, 17-09-2006 @ 16: 44.07
Overall, you have raised many constructive arguments but since the BN whip said that BN MP cannot vote in accordance with their conscience and recently famously remarked, “I don’t want to talk about facts, in principal blah blah blah…”
Can your intelligent arguments be intellegently deliberated and solid plans put into motion to save Malaysia from sliding down further? I am not optimistic.
Comment by lee wee tak — Sunday, 17-09-2006 @ 16: 49.41