Budget speech Part 2 —The post of mayor of KL should not be held by BN politicians
Tuesday, 12-09-2006Budget speech Part 2
Datuk yang diPertua, baru-baru ini terdapat ahli-ahli politik BN mencadangkan jawatan Datuk Bandar DBKL dipegang oleh ahli politik dan bukannya pegawai kerajaan. Saya amat tidak setuju tentang cadangan ini kerana ia adalah membuka pintu bagi korupsi dan kronisme BN berlaku pada tahap tinggi berlaku dengan lebih serius di Kuala Lumpur.
Pada waktu sekarang, orang yang paling menyalahgunakan kuasa dan mencabuli undang-undang ataupun peraturan DBKL ialah ahli politik daripada Barisan Nasional dan bukannya parti pembangkang. Cawangan-cawangan BN selalu mencerobohi tanah hijau dan mendirikan premis cawangan mereka atas tanah kerajaan. Contoh yang paling ketara ialah bangunan Cawangan UMNO Seputeh. Bangunan UMNO Seputeh ini telahpun didirikan di tanah kerajaan di Jalan Kuchai Lama selama beberapa tahun. Ahli-ahli UMNO Seputeh ini enggan berpindah apabila DBKL menjalankan pembinaan jambatan bertingkat yang bertujuan meredakan kesesakan trafik di sekitar kawasan itu sehingga projek tersebut terpaksa tergendala selama 1 tahun lebih. Sekarang, bangunan UMNO Seputeh dipindah ke Taman Desa. Saya difahamkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan memberi peruntukan kepada pembinaan premis cawangan baru tersebut atas nama Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Parlimen Seputeh. Selain itu, bangunan cawangan itu sekali lagi dibina pada tapak permainan kanak-kanak di Taman Desa (more…)