Taman Asuhan Kanak-kanak & Tadika Harus Diadakan Dalam Kementerian Yang Sama

Thursday, 24-08-2006

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Kawasan Seputeh Dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Taman Asuhan Kanak-Kanak Pada 24 Ogos 2006

Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan institusi yang amat diperlukan dalam dunia moden ini dengan peningkatan wanita yang berpendidikan tinggi dan wanita berrmahtangga yang mempunyai kerjaya sendiri. Saya merasa kesal bahawa keperluan untuk mengadakan lebih taman asuhan kanak-kanak dan tadika anjuran kerajaan tidak dipentingkan, kerana isu yang begitu penting ini malah tidak termaktub dalam Rancangan MalaysiaKe-9.

Kekurangan taman asuhan kanak-kanak dan tadika yang mampu dibayar olehpara ibubapa, khususnya golongan yang papa-miskin pun menyebabkanramai wanita yang berkahwin terpaksa berhenti kerja selepas merekaberanak. Ini merupakan satu bentuk pembaziran dari segi tenaga keraja.

Selain itu, kekurangan taman asuhan kanak-kanak dan tadika yang
bermutu juga menyebabkan kita terpaksa mengimport beribu-ribu pembantu rumah asing wanita dari Indonesia, Filipina dan negara-negara jiran yang lain. Keadaan ini pun menyebabkan wang negara kita dialir ke negara lain, di samping itu, kemunculan beribu-ribu pembantu rumahasing ini juga telah mendatangkan banyak masalah sosial kepada negara kita.

Saya mendapati rang undang-undang ini merupakan rang undang-undang yang kosmetik, kerana Akta Taman Asuhan Kanak-kanak ini tidak menghendaki agensi kerajaan ataupun korporasi besar untuk menubuhkan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja wanita mereka. Ini menunjukkan Kementerian gagal dari segi mempromosi penubuhan taman asuhan kanak-kanak di kalangan agensi kerajaan, selain itu, daripada jawapan Parlimen yang terima daripada kementerian pada tahun lepas, saya difahamkan bahawa kementerian hanya telah menubuhkan 10 taman asuhan
kanak-kanak di seluruh negara sehingga hari ini, bukankah angka ini
terlalu kecil dan tidak sejajar dengan populasi wanita yang bekerja di
negara kita?

Soalan saya ialah, apakah kementerian mempunyai rancangan untuk
menambahkan bilangan taman asuhan kanak-kanak anjuran kerajaan di seluruh negara sebagai langkah untuk membantu para ibu yang bekerja,khususnya ibu tunggal yang papa-miskin?

Saya mempunyai beberapa soalan terhadap rang undang-undang ini:

i) Mengikut sistem sekarang, taman asuhan kanak-kanak adalah untukmendidik kanak-kanak di bawah umur 4 tahun manakala tadika adalahuntuk kanak-kanak yang berumur 4 dan atas. Masalahnya ialah tamanasuhan kanak-kanak didaftar di bawah kementerian pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat, manakala tadika didaftar di bawah kementerian pendidikan.

Soalannya ialah, kenapakah kedua-dua institusi untuk kanak-kanak inidipisahkan dan dikehendaki untuk berdaftar di dua kementerian yang berlainan? Kenapakah pengurus taman asuhan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengurus tadika pada waktu yang sama? Keadaan ini pun akan menyusahkan ibubapa yang mempunyai anak-anak yang berbeza umur, kerana mereka terpaksa menghantar anak di bawah umur 4 tahun ke taman asuhan kanak-kanak di satu tempat manakala anak yang berumur 4 tahun
ke atas ke tadika di tempat lain. Saya mencadangkan kerajaan akan
membenarkan pengurus taman asuhan kanak-kanak dan tadika yang berpengalaman mengintegrasi taman asuhan kanak-kanak dan tadika, kerana kedua-dua institusi ini adalah memberi penjagaan dan pendidikan pra-sekolah kepada kanak-kanak, dan ini akan memudahkan ibubapa yangmempunyai kerjaya sendiri.

ii) Rang undang-undang ini adalah untuk membenarkan pembaharuan lesen dalam tempoh 5 tahun dan fi dibayar kepada kementerian setiap 5 tahun.Masalahnya ialah, kerajaan tempatan sekarang seperti DBKL hanyamembenarkan pembaharuan lesen bagi taman asuhan kanak-kanak setiap 3tahun. Jadi, sekiranya lesen sesebuah taman asuhan kanak-kanak dihentikan oleh majlis perbandaran manakala lesennya dengan kementerian masih sah, apakah taman asuhan kanak-kanak ini masih dibenarkan untuk beroperasi? Soalan saya ialah, kenapakah kementerian tidak mengadakan tempoh lesen taman asuhan kanak-kanak yang selaras
dengan kerajaan tempatan untuk mengelakan masalah seperti ini daripada berlaku?

iii) Bagi fi yang dibayar semasa pendaftaran pula, berapakah fi yang akan dibayar oleh pengurus taman asuhan kanak-kanak dengan kementerian? Apakah kementerian akan menghendaki pengurus taman asuhan kanak-kanak untuk membayar fi yang terlampau tinggi sehingga RM1,500 seperti apa berlaku pada klinik tempatan yang dihendaki untuk membayar fi yang tinggi kepada Kementerian Kesihatan?

iv) Dalam rang undang-undang ini, ketua pengarah dan pegawai Kebajikan Masyarakat diberi kuasa untuk mengelak (ataupun power to seal) taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar. Pada pandangan saya, kuasa untuk mengelak tidak harus dihadkan kepada taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar sahaja, tetapi ia harus diperluaskan kepada taman asuhan kanak-kanak yang melakukan kecuaian dan kesalahan. Misalnya sekiranya kematian kanak-kanak ataupun kebakaran berlaku dalam sesebuah taman asuhan kanak-kanak, kementerian haruslah membatalkan
lesen ataupun mengelak taman asuhan kanak-kanak tersebut. Sekiranya taman asuhan kanak-kanak yang melakukan kecuaian yang serius ingin memohon lesen daripada kementerian semula, ia juga tidak diharus untuk diberi kepada pengusaha yang sama sebagai langkah untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak kecil dan ibubapa mereka.

v) Walaupun pegawai kementerian diberi kuasa untuk mengelak taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar, kementerian juga harus mengadakan garispanduan semasa menjalankan pengelakan. Ia tidak harus dijalankan sebagaimana serbuan yang dilakukan oleh kerajaan tempatan terhadap setinggan dan penjual VCD cetak rompak, kerana ia melibatkan kanak-kanak. Sebarang serbuan ataupun pengelakan terhadap taman asuhan kanak-kanak harus dijalankan dengan cara yang berhati-hati dan tidak menakutkan kanak-kanak dalam taman asuhan kanak-kanak berkenaan.

vi) Akhirnya, saya ingin tanya macam manakah kementerian memantau kualiti taman asuhan kanak-kanak? Apakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengklisifikasikan taman asuhan kanak-kanak kepada beberapa gred, sebagai langkah untuk menggalakkan taman asuhan kanak-kanak yang berkualiti.

Teresa Kok

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2006/08/24/taman-asuhan-kanak-kanak-tadika-harus-diadakan-dalam-kementerian-yang-sama/trackback/

  1. saya mencadangkan taman asuhan kanak – kanak ditukarkan kepada taman jagaan kanak – kanak yang berumur dari 1 bulan hingga 12 tahun.ini kerana ibubapa yang bekerja akan menghadapi masalah untuk mencari orang atau tempat yang dapat menjaga anak mereka yang berumur lebih dari 4 tahun.Undang -undang yang sekarang tidak membolehkan taska untuk menjaga kanak – kanak berumur atas 4 tahun lebih dari 9 orang dalam satu masa, sedangkan ibubapa menghadapi masalah untuk menjaga anak – anak yang berumur bawah 12 tahun.Saya berharap kejaan kita dapat mempertimbangkan cadangan ini kerana kanak – kanak di bawah 12 tahun banyak menghadapi masalah cepat dipengaruhi oleh – oleh anasir – anasir yang kurang sihat dan jahat seperti dadah, rogol, lepak dan banyak lagi.

    Comment by yani — Monday, 18-09-2006 @ 14: 01.47

  2. Saya mencadangkan agar Jabatan Kementrian di NegeriSembilan dapat memperluaskan TASKA berdaftar, mendaftar di Kementrian Kerajaan dgn itu dapatlah meringankan masalah ibubapa mencari tempat anak2 di rumah jiran utk jagaan sewaktu ibubapa bekerja.

    Comment by Asnita — Tuesday, 26-09-2006 @ 13: 27.16

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>