Jawatankuasa Kabinet Mengenai Persaingan (Cabinet Committee on Competitiveness) Di Antarabangsa
Thursday, 24-08-2006PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 22.8.2006 (SELESA)
SOALAN:
Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan komposisi dan cadangan daripada Jawatankuasa Kabinet mengenai Persaingan (Cabinet Committee on Competitiveness) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Mac 2003. Kenapakah Negara kita masih jauh di belakang persaingan antarabangsa.
Jawapan
Tuan Yang Dipertua,
Jawatankuasa Kabinet mengenai Daya Saing Negara (CCNC) telah ditubuhkan pada 3 Disember 2002. Mesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah diadakan pada 23 Januari 2003. Dari segi komposisi, Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan ahli-ahlinya terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Kewangan Kedua, Menteri Pengangkutan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Manusia, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Meteri Pengajian Tinggi dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sehingga kini, lapan mesyuarat telah diadakan dan perkara-perkara utama yang dibincangkan termasuk system penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dasar ekuiti, Insentif dan promosi industri-industri tertentu, pembangunan modal insan, pembangunan enterpris kecil dan sederhana (EKS) dan pembangunan Malaysia sebagai hab halal.
Antara keputusan-keputusan penting yang dibuat Jawatankuasa ini ialah menubuhkan Majlis Enterpris Kecil dan Sederhana Kebangsaan pada 2004, memperkenalkan garis panduan baru bagi peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), memperkenalkan insentif bagi pembelanjaan yang dilalukan untuk aktiviti R&D, memberi potongan cukai dua kali kepada pemilik jenama Malaysia yang menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran di luar Negara sera membenarkan sehingga 70 peratus ekuiti asing dalam sektor perdangangan pengedaran.
Tuan Yang Dipertua,
Dari segi system penyampaian perkhidmatan Kerajaan, Jawatankuasa ini telah membuat penambahbaikan dalam beberapa bidang, antaranya adalah:
-mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Perakuan Perintis kepada 20 hingga 40 hari, berbanding 45 hari sebelum ini;
memperpatkan proses pendaftaran Status Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC) dan Pejabat Perwakilan syarikatsyarikat asing kepada empat minggu daripada enam minggu sebelum ini;
mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan, bagi membolehkan pelaburpelabur memulakan perniagaan dengan cepat, melalui Pusat Penyelarasan Setempat, atau dengan izin, coordinating centre;
dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan Lesen Pengilang kepada dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Tuan Yang Dipertua,
Mengenai persaingan antarabangsa, berdasarkan World Competitiveness YearBook 2006, daripada 61 negara yang dikaji, kedudukan keseluruhan daya saing Malaysia telah meningkat dari tangga ke-28 bagi tahun 2005 kepada tangga ke-23 pada tahun 2006. Kedudukan daya saing ini dinilai dengan menggunakan empat factor utama, iaitu Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan, Prestasi Ekonomi dan Infrastruktur.
Daripada empat factor yang diukur, Malaysia mencatatkan penambahbaikan dalam tiga faktor, iaitu:
Kecekapan Kerajaan – dari tangga ke26 pada tahun 2005 kepada ke-20 pada tahun 2006;
Kecekapan Peniagaan dari tangga ke-25 kepada tangga ke-20;dan
Infrastuktur – dari tangga ke34 kepada tangga ke-31.
Dari segi Prestasi Ekonomi, kedudukan Malaysia jatuh sedikit dari tangga ke-8 kepada tangga ke-11. ini disebabkan penurunan kedudukan yang dicatatkan bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar, kemasukan pelaburan asing, pertumbuhan guna tenaga dan pengangguran di kalangan belia-Bagaimanapun, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga ke-3 bagi eksport barangan.
Tuan Yang Dipertua,
Adalah tidak benar Negara berada jauh kebelakang dalam persaingan antarabangsa. Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada pada tahap lebih tinggi dari segi daya saing berbanding beberapa Negara lebih maju, seperti Jerman yang berada di tangga ke-26, Perancis di tangga ke-56. Kedudukan daya saing Malaysia pada tangga ke-28, adalah juga lebih baik dari negara-negara membangun lain seperti India di tangga ke-29 dan Thailand di tangga ke-32.
Walaupun pada masa ini, kedudukan daya saing Malaysia adalah agak baik, Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan ini melalui langkah-langkah, termasuk miningkatkan produktiviti, menambah baik system penyampaian Kerajaan bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan dan meningkatkan keupayaan dan kebolehan modal Insan. Usaha-usaha ini akan dipertingkatkan lagi dalam tempoh Pelan Induk Perindustrian Ketiga atau IMP3, 2006-2020 selaras dengan temanya “Malaysia- Ke Arah Daya Saing Global’.
Adalah tidak benar Negara berada jauh kebelakang dalam persaingan antarabangsa. Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada pada tahap lebih tinggi dari segi daya saing berbanding beberapa Negara lebih maju, seperti Jerman yang berada di tangga ke-26, Perancis di tangga ke-56. Kedudukan daya saing Malaysia pada tangga ke-28, adalah juga lebih baik dari negara-negara membangun lain seperti India di tangga ke-29 dan Thailand di tangga ke-32.
– do we have the renowned brands like Adidas, Puma, Renault, Mercedez, etc coming out from Germany and France?
this is just word play.
Walaupun pada masa ini, kedudukan daya saing Malaysia adalah agak baik, Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan ini melalui langkah-langkah, termasuk miningkatkan produktiviti, menambah baik system penyampaian Kerajaan bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan dan meningkatkan keupayaan dan kebolehan modal Insan. Usaha-usaha ini akan dipertingkatkan lagi dalam tempoh Pelan Induk Perindustrian Ketiga atau IMP3, 2006-2020 selaras dengan temanya “Malaysia- Ke Arah Daya Saing Global’.
—the above answers are too general and looked more like a karangan tingkatan lima.
—what have we done to educate our people to work hard? if you look at singapore, the government has been telling the people to work for survival and investing in public transport, opening up the country for foreign investment, ensuring clinical efficiency of government efficiency since 1970s or even before.
Here we talk about shareholdings on racial point of cview while the difficulty of dealing with national and state level government officials are a pain.
Comment by lee wee tak — Tuesday, 29-08-2006 @ 14: 01.18
we have to bite the bullet to remain relevant in the international arena. Forget about Malay vs Chinese (cue: Dewan Masyarakat’s article)
It is about Malaysia vs Thailand/China/Vietnam/India etc
– we are encouraging brain drain by letting the best brains (usually non-malays) leave the country – either via university offer or otherwise
– we need to have public universities that can churn out research capabilities, relevant to industrial and business environment. just reading the articles by local lectures in the Malaysia Institute of Accountants and then the journals from Harvard Business Schools, I can tell the gulf in class.
– less talk about government help and more on working for ur own. There is a saying that, “the difference between a hong konger and a singaporean is that when one’s business failed, the hong konger will pick himself up and try again while the singaporean blames the government for not helping him enough”. Where do we stand? Can the government alone make our own people more competitive? Start by making the right noise, if you catch my drift.
Comment by lee wee tak — Tuesday, 29-08-2006 @ 14: 12.57