Taman Asuhan Kanak-kanak & Tadika Harus Diadakan Dalam Kementerian Yang Sama

Thursday, 24-08-2006

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Kawasan Seputeh Dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Taman Asuhan Kanak-Kanak Pada 24 Ogos 2006

Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan institusi yang amat diperlukan dalam dunia moden ini dengan peningkatan wanita yang berpendidikan tinggi dan wanita berrmahtangga yang mempunyai kerjaya sendiri. Saya merasa kesal bahawa keperluan untuk mengadakan lebih taman asuhan kanak-kanak dan tadika anjuran kerajaan tidak dipentingkan, kerana isu yang begitu penting ini malah tidak termaktub dalam Rancangan MalaysiaKe-9.

Kekurangan taman asuhan kanak-kanak dan tadika yang mampu dibayar olehpara ibubapa, khususnya golongan yang papa-miskin pun menyebabkanramai wanita yang berkahwin terpaksa berhenti kerja selepas merekaberanak. Ini merupakan satu bentuk pembaziran dari segi tenaga keraja (more…)

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Persaingan (Cabinet Committee on Competitiveness) Di Antarabangsa

PEMBERITAHU PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 22.8.2006 (SELESA)

SOALAN:

Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan komposisi dan cadangan daripada Jawatankuasa Kabinet mengenai Persaingan (Cabinet Committee on Competitiveness) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Mac 2003. Kenapakah Negara kita masih jauh di belakang persaingan antarabangsa.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Jawatankuasa Kabinet mengenai Daya Saing Negara (CCNC) telah ditubuhkan pada 3 Disember 2002. Mesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah diadakan pada 23 Januari 2003. Dari segi komposisi, Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan ahli-ahlinya terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Kewangan Kedua, Menteri Pengangkutan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Manusia, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Meteri Pengajian Tinggi dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sehingga kini, lapan mesyuarat telah diadakan dan perkara-perkara utama yang dibincangkan termasuk system penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dasar ekuiti, Insentif dan promosi industri-industri tertentu, pembangunan modal insan, pembangunan enterpris kecil dan sederhana (EKS) dan pembangunan Malaysia sebagai hab halal (more…)