Jawapan Parlimen Mengenai Majikan & Pekerja Asing Tanpa Izin Yg Didakwa Ke Mahkamah
Tuesday, 18-07-2006PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Puan Teresa Kok Suh Sim
TARIKH : 18.07.2006
NO. FAIL : 8740
SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan:
(a)Bilangan majikan yang telah dituduh di Mahkamah kerana mengupah pekerja asing tanpa izin; dan
(b)jumlah pekerja asing tanpa izin yang dikenakan hukuman sebat
kerana berada di Malaysia tanpa dokumen sah.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
(a)Selepas pindaan Akta Imigresen 1959/63 berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2002 seramai 186 majikan, pelindung dan juga penghuni telah didakwa di mahkamah. Dari jumlah tersebut, sebanyak 63 kes telah dijatuhkan hukuman dengan jumlah denda sebanyak RM1,050 juta telah dipungut. Sebanyak 85 kes lagi masih dalam perbicaraan. Seramia 12 orang majikan telah dituduh di Mahkamah dari 1 Januari 2006 sehingga 30 Jun 2006 kerana mengambil pekerja asing yang tidak memiliki pas yang sah atau pendatang asing tanpa izin.
(b)Jumlah pendatang asing tanpa izin yang telah dijatuhi hukuman sebat iaitu sebanyak satu sebatan kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah seramai 8 orang. Mereka terdiri daripada 6 orang merupakan warganegara Bangladesh manakala 2 orang lagi merupakan warganegara India.