Jawapan Parlimen Mengenai Kenderaan Nasional
Tuesday, 18-07-2006PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Y.B.PUAN TERESA KOK SUH SIM
KAWASAN : SEPUTEH
SOALAN:
Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:
(a) jenis kenderaan yang dianggap kenderaan nasional; dan
(b) bilangan kenderaan nasional serta jenis kenderaan siap dibuat
(built uo cars) yang dieksport ke negara-negara ASEAN dan diluar ASEAN sejak kita menandatangani AFTA
Tuan Yang Di Pertua,
Sejak tahun 1984, Kerajaan telah meluluskan status nasional kepada beberapa projek automotif tempatan untuk menerajul pembangunan industri automotif. Projek-projek utama yang telah diberi status nasional mengikut kategori kenderaan seperti berikut:
(I) Kenderaan Penumpang
a. semua model kenderaan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad(PROTON);
b. semua model kenderaan oleh Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA); dan
c. model Naza Ria kepada Naza Automotif Manufacturing Sdn.Bhd.
(II) Kendenra Komersil
a.semua model kenderaan komersial oleh INOKOM Corporation Sdn.Bhd (INOKOM);dan
b. semua model kenderaan komersial Malaysian Truck and Bus Sdn. Bhd (MTB)
(III) Motosikal
a.semua model motosikal dan skuter oleh motosikal Enjin Nasional Sdn. Bhd (MODENAS)
Tuan Yang Di Pertua,,
Sejak Malaysia memasukkan sektor automotif di bawah AFTA pada tahun 2005, PROTON telah mengeksport sebanyak 20,103 unit kenderaan yagn siap dibuat (CBU).Dari jumlah tersebut 3,900 unit telah dieksport ke negara ASEAN manakala bakinya sebanyak 16,203 unit telah eksport ke negara-negara bukan ASEAN. Bagi tempoh yang sama, PERODUA telah mengeksport sebanyak 3,662 unit kereta CBU di mana 929 unit adalah dieksport ke ASEAN dan 2,733 unit lagi ke negara bukan ASEAN. Dalam tempoh yang sama jugam MODENAS pula telah mengeksport sebanyak 11,201 unit iaitu 659 unit ke ASEAN dan 10,542 unit lagi ke negara bukan ASEAN. Bagi kenderaan komersial, setakat ini tiada kenderaan komersial nasional yang dieksport.

