Jawapan Parlimen Mengenai Kenderaan Nasional

Tuesday, 18-07-2006

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Y.B.PUAN TERESA KOK SUH SIM
KAWASAN : SEPUTEH

SOALAN:

Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:

(a) jenis kenderaan yang dianggap kenderaan nasional; dan
(b) bilangan kenderaan nasional serta jenis kenderaan siap dibuat
(built uo cars) yang dieksport ke negara-negara ASEAN dan diluar ASEAN sejak kita menandatangani AFTA

Tuan Yang Di Pertua,

Sejak tahun 1984, Kerajaan telah meluluskan status nasional kepada beberapa projek automotif tempatan untuk menerajul pembangunan industri automotif. Projek-projek utama yang telah diberi status nasional mengikut kategori kenderaan seperti berikut:

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

(I) Kenderaan Penumpang
a. semua model kenderaan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad(PROTON);
b. semua model kenderaan oleh Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA); dan
c. model Naza Ria kepada Naza Automotif Manufacturing Sdn.Bhd.

(II) Kendenra Komersil
a.semua model kenderaan komersial oleh INOKOM Corporation Sdn.Bhd (INOKOM);dan
b. semua model kenderaan komersial Malaysian Truck and Bus Sdn. Bhd (MTB)

(III) Motosikal
a.semua model motosikal dan skuter oleh motosikal Enjin Nasional Sdn. Bhd (MODENAS)

Tuan Yang Di Pertua,,

Sejak Malaysia memasukkan sektor automotif di bawah AFTA pada tahun 2005, PROTON telah mengeksport sebanyak 20,103 unit kenderaan yagn siap dibuat (CBU).Dari jumlah tersebut 3,900 unit telah dieksport ke negara ASEAN manakala bakinya sebanyak 16,203 unit telah eksport ke negara-negara bukan ASEAN. Bagi tempoh yang sama, PERODUA telah mengeksport sebanyak 3,662 unit kereta CBU di mana 929 unit adalah dieksport ke ASEAN dan 2,733 unit lagi ke negara bukan ASEAN. Dalam tempoh yang sama jugam MODENAS pula telah mengeksport sebanyak 11,201 unit iaitu 659 unit ke ASEAN dan 10,542 unit lagi ke negara bukan ASEAN. Bagi kenderaan komersial, setakat ini tiada kenderaan komersial nasional yang dieksport.

Jawapan Parlimen Mengenai Statistik Pekerja Asing Di Malaysia

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Puan Teresa Kok Suh Sim
TARIKH : 18.07.2006
NO.FAIL : 8739

SOALAN :

Puan teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan :

(a)jumlah pekerja asing di Malaysia mengikut pecahan negara; dan
(b)bilangan pekerja asing yang telah ditangkap dan diusir pulang ke negara asal.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Bilangan pekerja asing yang sah di negara ini dengan dikeluarkan dengan Pas Lawatan (Kerja Sementara) seperti pada 31.3.2006 adalah seramai 1,850,063 orang.
Pecahan mengikut warganegara adalah seperti berikut:

Image Hosted by ImageShack.us

(b) Sehingga 30 Mac 2006 bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin yang telah ditangkap dan diusir di seluruh Malaysia adalah seramai 362,958 orang.

Jawapan Parlimen Mengenai Majikan & Pekerja Asing Tanpa Izin Yg Didakwa Ke Mahkamah

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Puan Teresa Kok Suh Sim
TARIKH : 18.07.2006
NO. FAIL : 8740

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan:

(a)Bilangan majikan yang telah dituduh di Mahkamah kerana mengupah pekerja asing tanpa izin; dan

(b)jumlah pekerja asing tanpa izin yang dikenakan hukuman sebat
kerana berada di Malaysia tanpa dokumen sah.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a)Selepas pindaan Akta Imigresen 1959/63 berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2002 seramai 186 majikan, pelindung dan juga penghuni telah didakwa di mahkamah. Dari jumlah tersebut, sebanyak 63 kes telah dijatuhkan hukuman dengan jumlah denda sebanyak RM1,050 juta telah dipungut. Sebanyak 85 kes lagi masih dalam perbicaraan. Seramia 12 orang majikan telah dituduh di Mahkamah dari 1 Januari 2006 sehingga 30 Jun 2006 kerana mengambil pekerja asing yang tidak memiliki pas yang sah atau pendatang asing tanpa izin.

(b)Jumlah pendatang asing tanpa izin yang telah dijatuhi hukuman sebat iaitu sebanyak satu sebatan kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah seramai 8 orang. Mereka terdiri daripada 6 orang merupakan warganegara Bangladesh manakala 2 orang lagi merupakan warganegara India.