Jawapan Parlimen Mengenai Statistik Tentang Rakyat Miskin Di Malaysia Mengikut Negeri Dan Kumpulan Etnik

Monday, 03-07-2006

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB.PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH : 3.7.2006

SOALAN:

YB.PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rakyat miskin di Malaysia mengikut negeri dan kumpulan etnik dan apakah benar bahawa kiraan ekuiti/kekayaan negara hanya berasaskan pemilikan saham tanpa mengambilkira sumber kekayaan/pendapatan yang lain seperti pemilikan tanah, bangunan dan sumber pendapatan yang lain.

CADANGAN JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Bedasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan yang baru dan perangkaan daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah terkini, tahun 2004, bilangan isi rumah miskin mengikut negeri adalah seperti berikut:

Image Hosted by ImageShack.us

Tuan Yang di Pertua,

Bilangan isi rumah miskin mengikut kumpulan etnik pula adalah seperti berikut:

Image Hosted by ImageShack.us

Tuan Yang di-pertua,

Pemilikan kekayaan negara adalah luas dan ianya meliputi bukan sahaja pemilikan dari segi modal saham syarikat sahaja malah juga meliputi sumber kekayaan lain seperti tabungan, tanah, bangunan dan sumber-sumber lain yng boleh digembleng dan dapat menjana pendapatan. Maklumat mengenai pemilikan ekuiti saham syarikat seperti yang disiarkan dalam dokumen rancangan pembangunan negara digunakan sebagai indikator umum untuk memberi pemilikan kekayaan negara mengikut kumpulan etnik. Walau bagaimanapun, dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan juga menyiarkan maklumat mengenai pemilikan bangunan komersial di bandar-bandar utama.