My Parliament Questions for June - July 2006

Monday, 05-06-2006

Hello friends,

Below are questions which I have submitted to Parliament last week. I will take note of some of the issues that sent by you all earlier and try to raise them in next sitting.

There is a format in drafting Parliament questions, the question cannot exceed 40 words and we cannot ask more than 2 issues in a question. Of course sometimes we did not follow the format exactly and the Parliament staffs “close one eye” and approve our questions, sometimes, they will help us to re-write the question and word them with better grammar, but sometimes, they will turn down our question with the excuse that our questions did not fulfil the question format, particularly when our question touch on sensitive issues.

Each MP only allowed to ask 10 oral questions and 5 written questions, the oral questions will have chance to surface and to be replied orally by the Ministers during Q & A time, as for written questions, we always get the answers at the end of the sitting because it takes time for officers to look for statistics to reply to us.

So, you may help me to draft Parliament questions in next sitting if you have any particular issues for me to raise in the Parliament :-) )

teresa

Soalan Lisan dan Soalan Bertulis Yang dibentangkan oleh YB Teresa Kok Suh Sim (Ahli Parlimen Kawasan Seputeh) Untuk Sidang Dewan Rakyat Jun – Julai 2006

SOALAN LISAN
1) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan komposisi kaum di Sabah setakat Mac 2006. Sila nyatakan rancangan kerajaan untuk menangani pendatang asing tanpa izin di Sabah. (26-6-2006)

2) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pengundi hantu yang masih berada dalam Daftar Pemilih dan bilangan pengundi hantu yang telah dikeluarkan daripada Daftar Pemilih dalam 3 tahun yang lepas? Apakah langkah yang diambil oleh SPR untuk memastikan Daftar Pemilih bebas daripada pengundi hantu supaya kita boleh mempunyai pilihan raya yang bebas dan adil?
(27-6-2006)

3) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah carta Pendapatan Rumahtangga Bulanan Kasar (Distribution of Households by Monthly Gross Household Income) telah hilang daripada RMK-9 manakala ia wujud dalam RMK-8? Apakah pendapatan rumahtangga bulanan kasar mengikut kajian yang terbaru? (28-06-2006)

4) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah kerajaan masih belum mengambil tindakan terhadap Mastek Sdn Bhd yang telah memberi US$10 juta kepada rejim Saddam Hussein sebagaimana yang dinayatakan dalam laporan jawatankuasa inquiri bebas Bangsa-bangsa Bersatu pada 27 Oktober 2005?
Apakah ini kerana syarikat tersebut dipunyai oleh keluarga mertua Noor Asiah Mahmood dan Faek Ahmad Shareef? (29-6-2006)

5) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah rakyat miskin di Malaysia mengikut negeri dan kumpulan etnik. Apakah benar bahawa kiraan ekuiti/kekayaan negara hanya berasaskan pemilikan saham tanpa mengambil kira sumber kekayaan/pendapatan yang lain saperti pemilikkan tanah/bangunan/sumber pendapatan yang lain?(3-7-2006)

6) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan Pejabat Tanah dan Galian di negeri manakah yang telah menubuhkan Lembaga Hak Milik Strata? Apakah sebab kelewatan penubuhan Lembaga Hak Milik Strata dan apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk membetulkan keadaan ini? (4-7-2006)

7) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kesihatan menyatakan pertambahan perbelanjaan yang ditanggung oleh hospital dan perkhidmatan kesihatan kerajaan selepas Malaysia menandatangani perjanjian mengenai “Hak Milik Cipta” atau “Intellectual Property”? (5-7-2006)

8) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan apakah benar bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan syarat kegunaan bahan tempatan atau syarat “pemindahan teknologi” kepada syarikat asing yang ingin mendirikan kilang di Malaysia akibat menandatangani Trade Restriction Investment Measures (TRIMS)?(6-7-2006)

9) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyenaraikan syarikat berkaitan dengan kerajaan (Government Linked Company, GLC) yang mengalami keuntungan yang lebih rendah dan yang rugi berbanding dengan tahun kewangan sebelumnya dalam tahun kewangan yang lepas. Berapa pekerja GLC yang telah diberi VSS ataupun dipecat oleh syarikat berkenaan? (10-7-2006)

10) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan jumlah pelarian di Malaysia mengikut pecahan negara. Berapakah pelarian telah diberi permit kerja untuk bekerja di negara kita dan berapa telah diberi status pemastautin tetap di Malaysia. (11-7-2006)

SOALAN BERTULIS

1) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyenaraikan:

i) nama syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC)
ii) syarikat berkaitan dengan kerajaan yang menikmati lebih keuntungan pada tahun kewangan yang lepas.

2) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) Menteri Kewangan menyatakan:
i) Jenis kenderaan yang dianggap sebagai kenderaan nasional;
ii) Bilangan kenderaan nasional dan jenis kenderaan yang siap dibuat (built up cars) yang Malaysia eksport ke negara-negara ASEAN dan di luar ASEAN sejak kita menandatangani AFTA.

3) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyenaraikan:
i) syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur yang mendapat keuntungan yang lebih rendah dan yang rugi berbanding dengan tahun kewangan sebelumnya dalam tahun kewangan yang lepas;
ii) syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur yang mendapat keuntungan yang lebih tinggi daripada tahun kewangan sebelumnya dalam tahun kewangan yang lepas.

4) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan:
a) Jumlah pekerja asing di Malaysia mengikut pecahan negara;
b) Bilangan pekerja asing yang telah ditangkap dan diusir ke luar negara asal.

5) Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan:
i) Bilangan majikan yang telah dituduh di Mahkamah kerana mengupah pekerja asing tanpa izin;
ii)Jumlah pekerja asing tanpa izin yang dikenakan hukuman sebat kerana berada di Malaysia tanpa dokumen sah.

Usul Mengikut Peraturan Mesyuarat 27.1
1)“Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang.”

2)“Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

3)“Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar-semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar.

4)“Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama.

5)“Bahawa dewan ini meyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2006/06/05/my-parliament-questions-for-june-july-2006/trackback/

  1. Just 1 question for our PM.

    Mana semua jerung yang dijanjikan akan dihadapkan ke mahkamah? Yang tertangkap setakat ini, hanyalah ikan bilis..

    Comment by malaysiasureboleh — Wednesday, 07-06-2006 @ 11: 59.32

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>