My 10 Minutes Speech on 9th Malaysian Plan
Wednesday, 19-04-2006Today is the last day for MPs to speak on 9th Malaysian Plan. All MPs were given 10 minutes to speak today and the Parliament sitting is extended to let all MPs to have a chance to air their views. I have been so busy in the past one week doing other things that need to be done, this include preparing for my speech in a Urban Transport Seminar organised by MSRC last week, participating in the Parliament Select Committee meeting to review Penal Code and Criminal Procedure Code, preparing for my speech on Thai elections organised by Sin Chew Jit Poh on Monday night, and preparing for my emergency motion speech on pollution of Semenyih River yesterday. I only have chance to write my speech for RMK-9 today.
Thank God that I was given a chance to speak at about 4.30pm for ten minutes. After I delivered my speech, the naughty boy MP from Jerai raised his thumb up to me and said it was a good speech. I wonder why he said so as he always disturb opposition MPs when we delivered our speeches. When I passed my speech to the media, they seemed very interested in the story on the animated film Saladin, let’s see whether this will be published in tomorrow’s papers.
I saw a comment in my yesterday posting that I was not well prepared for my emergency motion on polluted water. Fyi, most of our application for emergency motion is rejected by the Speaker (after he consulted the minister concerned), so it is no point to prepare our speech before the Speaker approves it. That’s why when the Speaker approved my emergency motion to be opened for debate yesterday, it was a surprise to me, like lottery striking, that’s why I have to seek help from journalists to get pointers to write my speech, and I have to entertain those Royal Commissioners on Police whom I have invited to dialogue with the MPs during lunch time. That’s why I have limited time to work on my speech.
)
OK, below is my speech today:
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-9 Pada 19 April 2006
Peruntukan Pengangkutan Bandar Tidak Ditunjukkan Dalam RMK-9
Isu pertama yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan saya ialah tentang pengangkutan bandar. Selepas kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen seliter, kita diberitahu bahawa kerajaan akan menggunakan RM4.4 billion yang dijimatkan setiap tahun ini untuk memajukan pengangkutan bandar. Ini bermaksud kerajaan akan menggunakan RM22 billion dalam 5 tahun yang akan datang untuk memajukan pengangkutan bandar. Malangnya, peruntukan ini langsung tidak muncul dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Dalam mukasurat 412 dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Jadual 18-8 menunjukkan kerajaan hanya memperuntukkan RM1,565.5 juta ataupun lebih kurang RM1.5 billion bagi pengangkutan bandar, dan bukannya RM22 billion sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.
Sekiranya kita baca perenggan di bawah tajuk Pengangkutan Bandar dalam mukasurat 404, kita akan mendapati bahawa selain daripada rancangan memanjangkan LRT di kawasan Bandar, peruntukan tersebut juga akan digunakan untuk membina beberapa jalan di Bandar utama, ini termasuk di Georgetown, Seremban dan Johor Bahru. Sekiranya RM1.5 billion ini digunakan untuk membina begitu banyak projek termasuk membina jalan raya, kita tahu ianya tentu tidak mencukupi, dan kata-kata Timbalan Perdana Menteri untuk memajukan pengangkutan bandar ini pun tentu akan gagal.
Dalam perenggan 18.31 dalam mukasurat yang sama, kita lihat objektif yang ingin dicapai oleh kerajaan dari segi peningkatan penggunaan pengangkutan awam berbanding dengan kenderaan persendirian adalah nisbah 30:70. Sebenarnya matlamat ini adalah agak rendah sekiranya kita berbanding dengan negara-negara maju di mana nisbah di antara penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan persendirian ialah 50:50, dan nisbah 50: 50 sepatutnya dijadikan sasaran bagi Malaysia, khususnya di Lembah Klang sekiranya kerajaan berikhtiar untuk mengurangkan penggunaan petroleum dan mengurangkan kesesakan lalu-lintas di kawasan bandar.
Perenggan 18.32 dalam RMK-9 berbunyi: “Satu suruhanjaya akan ditubuhkan bagi mengawal selia sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Suruhanjaya ini juga akan bertanggungjawab ke atas perancangan, penyelarasan dan pelesenan semua mod pengangkutan awam di Lembah Klang.” Soalan saya ialah: saya telah baca tentang cadangan untuk menubuhkan “Urban Transport Authority” yang mempunyai fungsi yang disebutkan di atas dalam kenyataan Menteri Pengangkutan dalam dua tahun yang lepas, tetapi nampaknya suruhanjaya ini belum ditubuhkan dan kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk menyelaras dan menangani masalah pengangkutan awam sehingga ia disebutkan sekali lagi dalam RMK-9. Saya ingin tanya apakah tarikh tamat ataupun “deadline” bagi penubuhan suruhanjaya ini supaya masalah pengangkutan awam di Lembah Klang boleh ditangani dengan secepat mungkin.
Datuk yang diPertua, di sini saya ingin tanya pihak kerajaan tentang satu laporan yang disiarkan di New Straits Times pada 16 April, iaitu tentang kerajaan akan menggunakan RM10 billion untuk memajukan sistem LRT di Lembah Klang dan kos lain akan dipungut daripada pasar permodalan (capital market). Apa yang saya rasa aneh ialah: i) kenapakah pengumuman yang begitu penting ini dibuat oleh CEO Syarikat Prasarana Negara Berhad dan bukannya Menteri Pengangkutan? Apakah ini bermaksud bahawa Kementerian Pengangkutan sebenarnya belum diberi tanggungjawab ataupun tugas untuk memajukan pengangkutan awam di Lembah Klang? ii) Kenapakah wang perlu diambil daripada pasar permodalan? Apakah ini bermaksud bahawa kerajaan akan menswastakan pengangkutan awam lagi dan tidak terima ajaran daripada kegagalan penswastaan sistem LRT Putra dan Star yang lepas?
Filem Saladin
Datuk yang diPertua, saya ingin minta Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi memberitahu kepada dewan yang mulia ini tentang projek filem Saladin. Kononnya filem itu telah memakan perbelanjaan sebanyak RM20 juta, tetapi pihak berkenaan hanya mampu menggunakan wang yang begitu banyak untuk mengeluarkan filem “Trailer” yang selama enam minit sahaja.
Filem Saladin merupakan tugas asas Creative Application Development Centre (CAD-C) di MDeC untuk melangkahi masuk ke industri animasi antarabangsa dengan menggunakan bakat tempatan, tetapi anehnya kononnya CAD-C membayar US $ 1 juta kepada seorang pengarang skrip Hollywood dan bukannya penulis skrip tempatan untuk menulis skrip pre-penerbitan, mengikut sumber dalam industri filem, kosnya adalah jauh lebih rendah daripada angka ini. Selain itu, pegawai MDeC juga menggunakan alasan ini untuk berulang-alik ke Amerika Syarikat sejak tahun 2000 dan ia telah memakan perbelanjaan yang amat tinggi manakala tiada apa-apa audit dijalankan terhadap projek “out-sourcing” ini.
MDeC membina Creative Multimedia Lab dengan kos RM5.2 juta atas alasan untuk menggunakan peralatan yang canggih dan mahal untuk mengeluarkan Saladin, tetapi sebaliknya Creative Multimedia Lab ini hanya mampu mengeluarkan filem trailer selama enam minit sahaja selepas ia dirancang selama enam tahun, akhirnya, filem ini diberi kepada syarikat swasta iaitu Silver Ant Sdn. Bhd. and Imaginex Studios Sdn. Bhd untuk menjalankan penerbitan, dan Majalah “The Edge” yang bertarikh 17 April 2006 melaporkan bahawa “Silver Ant membuat animasi itu dalam masa tiga bulan manakala Imaginex membuat suara-bunyian (sound effects) dalam masa dua minggu.
Sekarang, filem Saladin telah ditukar menjadi siri filem TV, MDeC ingin minta peruntukan dana lagi bagi projek ini dalam RMK9. MDeC sebenarnya satu agensi kerajaan “one-stop” yang ditugaskan untuk membantu kemajuan sektor ICT di Malaysia. Kenapakah agensi ini membelanjakan wang yang begitu banyak untuk memasuki bidang penerbitan filem secara langsung dan bukannya menggubalkan dasar dan memberi insentif untuk menggalakkan syarikat swasta menceburkan diri dalam bidang penerbitan file mini? Bukankah tindakan MDeC ini merupakan penyalahangunaan wang rakyat dan korupsi secara tidak langsung?
Siaran Langsung Sidang Parlimen dan Laman Web Parlimen
Pemimpin kerajaan telah banyak berkata ingin memperkukuhkan lagi peranan Parlimen dan Perdana Menteri pula telah berkata bahawa beliau membenarkan Ahli Parlimen BN untuk bebas mengutarakan suara rakyat dalam sidang Parlimen. Soalannya ialah, kenapakah kerajaan dan Parlimen kita masih enggan mengadakan siaran langsung sidang Parlimen melalui TV seperti apa yang dilakukan di banyak negara maju? Apa yang ditakutkan oleh kerajaan dan ahli-ahli backbenchers kita? Sehubungan dengan itu, kita telah lama dengar daripada BN Backbenchers dan Menteri di JPM berkata bahawa Parlimen kita ingin mengadakan siaran langsung sidang Parlimen melalui laman web ataupun “web-casting“, tetapi ia masih belum diadakan. Saya merasa kesal bahawa pembaharuan Parlimen langsung tidak disebut dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Saya tidak ingin berucap panjang-lebar tentang pembaharuan Parlimen kita kerana saya hanya diberi 10 minit untuk berucap sekarang, tetapi saya ingin bercadang supaya Parliamentary Services Act dipulihkan dan sebagai langkah pertama, Parlimen kita harus sekurang-kurangnya memulakan web-casting dengan secepat mungkin. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya Parlimen kita mencontohi laman web Parlimen di Australia supaya ia lebih interaktif dan lebih “users friendly”, supaya laman web kita boleh menjadi satu laman yang suka dilawat oleh orang awam dan juga `researchers’. Ini bermaksud laman web Parlimen kita harus dijadikan sebagai satu perpustakaan dalam internet yang merangkumi segala rang undang-undang yang telah diluluskan, video ucapan ahli berhormat, hansard harian kita dan juga maklumat berkaitan.
Saya ingin tanya apakah Parlimen kita diberi bajet untuk melancarkan laman web Parlimen kita? Apakah Parlimen kita akan mempraktikkan sikap demokrasi dengan mengadakan perundingan dengan ahli-ahli berhormat sebelum ia dilaksanakan ataupun sebelum mana-mana kontraktor diupah supaya insiden seperti kebocoran bumbung bangunan Parlimen kita selepas diperuntukkan RM100juta ini tidak akan berulang lagi?
Free Trade Agreement Dengan Amerika Syarikat
Datuk yang diPertua, Menteri Perdagangan dan Perindustrian kita telah berkata bahawa Malaysia akan manandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat pada akhir tahun ini. Golongan NGO dan cendekiawan kita amat prihatin dan bimbang terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang akan ditandatangani di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, kerana banyak negara di dunia ini termasuk Negara China yang menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat membuat kesilapan dari segi pengiraan mereka sehingga negara-negara ini mengalami kerugian dari segi keseimbangan perdagangan mereka. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan jangan menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat secara tergopah-gopah, tetapi kerajaan harus memberi taklimat berkenaan dengan FTA yang terperinci kepada semua ahli-ahli berhormat dan ia haruslah dibahaskan dan diluluskan di dewan yang mulia ini sebelum perjanjian dimeterai dengan Amerika Syarikat.
Penjagaan Alam Sekitar
Akhirnya saya ingin minta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memainkan peranan yang lebih gigih dan berusaha untuk meletakkan penjagaan alam sekitar sebagai agenda nasional. Saya ingin memuji Menteri baru kita telah menunjukkan keprihatinannya terhadap isu alam sekitar, khususnya berkenaan dengan isu pengendalian sampah. Saya ingin minta Jabatan Alam Sekitar supaya memainkan peranan yang lebih gigih untuk mendorong kerajaan tempatan dan rakyat untuk mempraktikkan kitar-semula dan menggalakkan kerajaan kita untuk menggantikan incinerator dengan Refuse-Derived Fuel (RDF).
Sekian, terima kasih.
Teresa Kok
Dear YB,
A better presentation and good grade I would say!
But the government cannot afford to show their bare weaknesses as some of their MPs can hardly express well, some even can provide good ideas, some acted like …..
No way the TV livetelecast for time being!
As for FTA, Americans will rule us flat the minute we pen the agreement, TunDr Mahathir should comment more on this ‘sale’ of soverignty’, of course, blame smelly water on the lack of care of environment is cheaper than to provide chemicals to treat water.
Singporeans even treated their toilet water for re use!
So lets wish you a happy ‘holiday in Parliament’, and I wonder they only let you speak at 4.30p.m., it seems they cannot understand lady first!
Comment by lcclck — Wednesday, 19-04-2006 @ 19: 13.18
I think the naughty boy from Jerai is playing mind games on you by changing his stance on you (drawing inspiration from Nazri?). Politics is very much about relationship between people. Or, fair play to him, he sees a good one and he says so.
Good points in your speech. Once you got down to analysing the numbers, like the difference between subsidy saved and amount to spent on transport, we can know that the government is pretty good on form but lacking in substance and real capability in carrying out promises. Having been involved in implementing projects at work, I can appreciate the gap between empty hot air and slugging to get something implemented properly.
Regarding the private entity announcing the LRT thing. It is not because the ministry have no control or whatever. Rather, I think, is that someone has been awarded the project already and was there an open tender? Did PM promised open tenders? Also more pertinently, if the rakyat has given up some subsidy on petrol (since subsidy is coming from our tax money, so I prefer to call it rebate; we are getting less rebate) why in future we will (I predict) have to cough up some more money when this Syarikat Prasarana Negara Berhad run into financial difficulties in a few years time?
Don’t worry about the comment on not preparing properly. Don’t put too much pressure on yourself. Are u a virgo? Sometimes a quick salvo is better than a silent muzzle. At least you made your point and the speaker knows as he might have relatives with water problem!
The saladin thing is a waste of money. When we have fungus filled hospital, proverty, abject medical services, declining education systems, we spend money on cartoons! Given money to bloggers and we have a better set of techno savvy upstarts.
No no no, cannot telecast live the parliment. If rakyat sees the people that conned them into voting them in, only talk about red shit, low cut MAS uniform, shouting and cursing at opposition who are trying to argue facts, citing inflamatory & irresponsible remarks etc….does not look good. It will corrupt the mind of our youth. Asian values says that we cannot kiss or watch kissing scene, so these non-asian value things must also be away fom public eyes….
Comment by lee wee tak_ — Thursday, 20-04-2006 @ 07: 50.51
Uncle Lim been talking about it being nice to have a first world parliment.
I called some bank and got the message,”...conversation will be taped for training purposes…” This gave me an idea that may be used towards improving our parliment.
1) Don’t live telecast our parliment proceeding but broadcast on national TV & astro after the session is over
2) broadcast proceedings of UK/Australia parliment debates the next day
3) MP given time and token elaun to watch 1 and 2
4) orgniase “Malaysian Parliment Idol contest) member of public write in newspaper or SMS (since we are good at it) giving votes and contest
5) the chosen MP will get a hamper from Jaya Jusco or Isetan
This will make it fun and attract attention.
What do you guys think? Crazy idea?
Comment by lee wee tak_ — Thursday, 20-04-2006 @ 09: 53.11
Sorry, a few typos…
4) organise “Malaysian Parliment Idol contest” – member of public write in newspaper or SMS (since we are good at it) giving votes and comments about performance
Comment by lee wee tak_ — Thursday, 20-04-2006 @ 09: 55.04
Saladin? Do I get this saladin right. As per your speech, it looks like Alladin, magician appears only if you rub the old lamp, you will be granted three wishes, what do you wish?
Open tenders?
Samy velu is the work ministers for too long. He had the greatest experiences in all forms of tenders, open, negotiated, closed, privatization,only selected few, and already decided few, and project management type,... consult him if you want the best system for your conveniences.
Malaysian government spent some ridiculous millions of some funny projects. The Hihgway Restaurants at Sg Buluh! Wonder who want to patronize that kind of services!
The best system is pre qualified and open tenders.
Pre qualified by ensuring their financial status now, and technical expertise with relevant experiences so that they have the best and cheapest ways of completing the projects.
Recently it was reported a proposed sarawakian jail took many years to build showed two distinct issue here.
West Malaysian construction companies will never have access to construct and compete fairly. There are cartels amongst the construction industry there to protect their market.
Number two, the project was most probably negotiated and somewhere some thing goes worng, those who supposedly awarded the projects are not liable and many could have enjoyed some ‘sin money’ and spent the money, hence, poor subcontractors or sub sub contractors and workers were not paid fully either!
Really qualified contractors should be invited, and international contractors to be given chance to compete too. This will give the true competition when it involved billions of public funds. The lowest will be awarded, and they will need to perform or else their deposits known as performance bonds will be forfeited, With those millions we saved, we can just use the money to help more deserving Malaysians. More bright brainy students can be given scholarships too.
In the past while in the name of protecting the local contractors, we noticed schools are built with cost double of JKR standard designs, and some even cannot be completed!
Those who control money and awarded the projects were never liable for the extra dollars dished out of our national treasury. Hence, if you want to have a real first class mentality, implement with fear of GOD and not just for the sake of pleasing some selected group of people—the haves!
Comment by lcclck — Thursday, 20-04-2006 @ 11: 24.10
The truth is DAP, like its supporters, are the most positive critics any country can possibly hope for in the world. Even a stupid zealous like Jerai can see that and yet most bumiputras cannot see it. DAP should rule this country for sure but our human weakness would not allow this.
Comment by Bigjoe — Thursday, 20-04-2006 @ 11: 32.04
Dear YB, do you have to speak again at the last hours of Parliament, or it is a holiday today for the parliament?
While you may want to speak about poverty eradications and may be family it he lady MPs, they are born via a lday called mother, while they may forget, their mothers are watching and will feel sad if they have sons like them to belittle their female parlimentarians.
I hope you can help to develop more lady DAP MPs and please bring them aboard PJ, we may give her a chance if she works hard too.
You PJ DAP comrades may need fresh blood like you, compete with some of those elite BN MPs.
But if you cannot keep up the pace of present MP(one of them a lady MP too), forget about coming to try then!
Your ronnie liu had tried before, he failed.The last success was Dr Kua, it has been long time since then.
Comment by lcclck — Thursday, 20-04-2006 @ 16: 51.47