My 10 Minutes Speech on 9th Malaysian Plan
Wednesday, 19-04-2006Today is the last day for MPs to speak on 9th Malaysian Plan. All MPs were given 10 minutes to speak today and the Parliament sitting is extended to let all MPs to have a chance to air their views. I have been so busy in the past one week doing other things that need to be done, this include preparing for my speech in a Urban Transport Seminar organised by MSRC last week, participating in the Parliament Select Committee meeting to review Penal Code and Criminal Procedure Code, preparing for my speech on Thai elections organised by Sin Chew Jit Poh on Monday night, and preparing for my emergency motion speech on pollution of Semenyih River yesterday. I only have chance to write my speech for RMK-9 today.
Thank God that I was given a chance to speak at about 4.30pm for ten minutes. After I delivered my speech, the naughty boy MP from Jerai raised his thumb up to me and said it was a good speech. I wonder why he said so as he always disturb opposition MPs when we delivered our speeches. When I passed my speech to the media, they seemed very interested in the story on the animated film Saladin, let’s see whether this will be published in tomorrow’s papers.
I saw a comment in my yesterday posting that I was not well prepared for my emergency motion on polluted water. Fyi, most of our application for emergency motion is rejected by the Speaker (after he consulted the minister concerned), so it is no point to prepare our speech before the Speaker approves it. That’s why when the Speaker approved my emergency motion to be opened for debate yesterday, it was a surprise to me, like lottery striking, that’s why I have to seek help from journalists to get pointers to write my speech, and I have to entertain those Royal Commissioners on Police whom I have invited to dialogue with the MPs during lunch time. That’s why I have limited time to work on my speech.
)
OK, below is my speech today:
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-9 Pada 19 April 2006
Peruntukan Pengangkutan Bandar Tidak Ditunjukkan Dalam RMK-9
Isu pertama yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan saya ialah tentang pengangkutan bandar. Selepas kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen seliter, kita diberitahu bahawa kerajaan akan menggunakan RM4.4 billion yang dijimatkan setiap tahun ini untuk memajukan pengangkutan bandar. Ini bermaksud kerajaan akan menggunakan RM22 billion dalam 5 tahun yang akan datang untuk memajukan pengangkutan bandar. Malangnya, peruntukan ini langsung tidak muncul dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Dalam mukasurat 412 dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Jadual 18-8 menunjukkan kerajaan hanya memperuntukkan RM1,565.5 juta ataupun lebih kurang RM1.5 billion bagi pengangkutan bandar, dan bukannya RM22 billion sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.
Sekiranya kita baca perenggan di bawah tajuk Pengangkutan Bandar dalam mukasurat 404, kita akan mendapati bahawa selain daripada rancangan memanjangkan LRT di kawasan Bandar, peruntukan tersebut juga akan digunakan untuk membina beberapa jalan di Bandar utama, ini termasuk di Georgetown, Seremban dan Johor Bahru. Sekiranya RM1.5 billion ini digunakan untuk membina begitu banyak projek termasuk membina jalan raya, kita tahu ianya tentu tidak mencukupi, dan kata-kata Timbalan Perdana Menteri untuk memajukan pengangkutan bandar ini pun tentu akan gagal.
Dalam perenggan 18.31 dalam mukasurat yang sama, kita lihat objektif yang ingin dicapai oleh kerajaan dari segi peningkatan penggunaan pengangkutan awam berbanding dengan kenderaan persendirian adalah nisbah 30:70. Sebenarnya matlamat ini adalah agak rendah sekiranya kita berbanding dengan negara-negara maju di mana nisbah di antara penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan persendirian ialah 50:50, dan nisbah 50: 50 sepatutnya dijadikan sasaran bagi Malaysia, khususnya di Lembah Klang sekiranya kerajaan berikhtiar untuk mengurangkan penggunaan petroleum dan mengurangkan kesesakan lalu-lintas di kawasan bandar.
Perenggan 18.32 dalam RMK-9 berbunyi: “Satu suruhanjaya akan ditubuhkan bagi mengawal selia sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Suruhanjaya ini juga akan bertanggungjawab ke atas perancangan, penyelarasan dan pelesenan semua mod pengangkutan awam di Lembah Klang.” Soalan saya ialah: saya telah baca tentang cadangan untuk menubuhkan “Urban Transport Authority” yang mempunyai fungsi yang disebutkan di atas dalam kenyataan Menteri Pengangkutan dalam dua tahun yang lepas, tetapi nampaknya suruhanjaya ini belum ditubuhkan dan kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk menyelaras dan menangani masalah pengangkutan awam sehingga ia disebutkan sekali lagi dalam RMK-9. Saya ingin tanya apakah tarikh tamat ataupun “deadline” bagi penubuhan suruhanjaya ini supaya masalah pengangkutan awam di Lembah Klang boleh ditangani dengan secepat mungkin.