Surprising Debate For My Emergency Motion On Polluted Water
Tuesday, 18-04-2006On Sunday the press carried a report on water cut on 15th April that affected 2 million people. I was asked by Ronnie Liu to move an emergency motion on this issue, so that I can take the opportunity to raise the problem of the proposed incinerator in Semenyih.
I followed his advice and I submitted an emergency motion under 18(1) of Standing Order to the speaker yesterday. I was very surprised that the speaker approved my application and let my motion to be debated today at 4.30pm. I thought this motion will only be allowed to be read out but it will be rejected for debate under the excuse of “it doesn’t need to speed up”. So, I was caught by surprise and have to start doing reading and sought help from journalists in Parliament for pointers and materials for my speech. Thank God that the journalists have been very kind to me by forwarding some related reports for me.
I only started to work on my speech at 3pm as I was busy attending the dialogue with ex-Royal Commissioners of Police whom the human rights caucus invited to meet with MPs during lunch time. I managed finish writing my two pages speech and rushed to the Dewan Rakyat at 4.27pm, and started to deliver my speech at 4.30pm.
My speech is as follow:
Ucapan YB Teresa Kok Dalam Perbahasan Usul Tergempar Mengenai Pencemaran Sungai Semenyih Oleh Ammonia Yang Melibatkan 2 Juta Penduduk Di Kawasan Lembah Klang Pada 18 April 2006
Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Speaker Dewan Rakyat kerana memberi kebenaran bagi usul tergempar yang berkenaan dengan pencemaran air busuk ammonia di Sungai Semenyih yang telah menyebabkan loji rawatan air di Semenyih terpaksa ditutup lebih daripada 12 jam pada 15 April dibuka untuk dibahas, kerana lebih kurang 2 juta penduduk di 239 kawasan telah menghadapi masalah pemotongan air, ini termasuk penduduk di Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Salak Tinggi, Tampoi, USJ, Pulau Meranti, Seri Kembangan, Petaling, Sepang dan KLIA.
Mengikut laporan akhbar, kandungan ammonia di Sungai Semenyih pada waktu itu telah mencapai tahap berbahaya, iaitu 4.8 miligram seliter berbanding 1.5 miligram seliter pada tahap normal. Pencemaran Sungai Semenyih adalah berpunca daripada air kotor (leachate) daripada pusat pelupusan sampah Sungai Kembong kepunyaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Sisa sampah yang mengandungi ammonia di pusat pelupusan sampah terbabit melimpah memasuki sungai akibat benteng tanah yang menghalang sampah memasuki sungai, runtuh ketika waktu hujan lebat.
Datuk yang diPertua, ini bukan kali pertama di mana loji rawatan air di kawasan Lembah Klang terpaksa ditutup kerana pencemaran air sungai di Selangor, dan ini juga bukan kali pertama kita baca laporan di mana air kotor (leachate) dari tapak pelupusan sampah melimpah masuk ke sungai.
Pada 25 Februari 2006, iaitu dua bulan yang lepas, kita baca perkara yang sama telahpun berlaku di Sungai Selangor apabila kandungan ammonia yang tinggi iaitu 9.2 miligram seliter terdapat di sungai tersebut, menjadikan air dibekalkan kepada penduduk Lembah Klang berbau busuk selama tiga minggu, tetapi malangnya, perkara yang sama berulang sekali lagi dalam Sungai Semenyih kali ini.
Sekiranya kita baca laporan akhbar yang disiarkan dalam New Straits Times pada 16 April 2006, Pengarah Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd Tan Sri Rozali Ismail berkata bahawa masalah pelimpahan masuk air kotor telahpun berlaku di Sungai Semenyih pada dua tahun yang lepas dari tapak pelupusan sampah yang sama. Beliau berkata syarikatnya menghantar satu laporan setiap dua bulan kepada Majlis Perbandaran Kajang dan beliau telahpun memberitahu kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan masalah ini, tetapi nampaknya tiada apa-apa tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Kajang mengenai masalah ini sehingga perlimpahan air kotor (leachate) dari tapak pelupusan sampah ke sungai berlaku sekali lagi.
Datuk yang Dipertua, kita juga terbaca bahawa tapak pelupusan sampah di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih sebenarnya tidak mempunyai loji rawatan air kotor (leachate treatment plant). Soalan yang saya ingin tanya ialah, kenapakah ini boleh berlaku? Dalam kes pencemaran di Sungai Semenyih, sekiranya Syabas telahpun memberitahu pihak kerajaan tempatan tentang masalah perlimpahan air kotor ke dalam sungai, kenapakah Majlis Perbandaran Kajang tidak mengambil tindakan untuk menangani masalah ini dan mengelakkan pencemaran air sungai?
Datuk yang diPertua, sebenarnya isu tentang pencemaran air sungai melibatkan beberapa pihak dan beberapa kementerian, dan kita telah menyaksikan percanggahan di antara agensi-agensi kerajaan ini. Dalam kes pencemaran air Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60% penduduk oleh tapak pelupusan sampah Bukit Tagar yang berlaku pada bulan Februari tahun ini, kita terbaca bahawa kerajaan Negeri Selangor dan badan bukan kerajaan membantah tapak pelupusan sampah tersebut, tetapi Kementerian kerajaan tempatan dan perumahan menghendaki tapak pelupusan sampah itu diadakan demi menampung sampah-sarap di Lembah Klang, dan Jabatan Alam Sekitar meluluskan EIA tapak pelupusan sampah di Bukit Tagar tanpa menghirau bantahan dan amaran daripada pakar alam sekitar.
Pada September 2004, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata bahawa air kotor daripada tapak pelupusan sampah akan dirawat dan ia tidak akan mencemarkan air di Sungai Selangor, tetapi beberapa bulan kemudian, iaitu pada Februari tahun ini, air kotor dari tapak pelupusan sampah Bukit Tagar pun dialir keluar daripada paip air rumah-rumah di Lembah Klang. Selepas itu, Jabatan Alam Sekitar pula memberitahu kita bahawa tapak pelupusan sampah itu tiada perlengkapan rawatan air kotor dan ia merupakan pencabulan terhadap EIA yang diluluskan oleh mereka. Macam mana kerajaan boleh membenarkan tapak pelupusan sampah yang dikendalikan oleh syarikat KUB-Berjaya Enviro ini beroperasi tanpa memenuhi syarat EIA? Sekali lagi kita mendapati bahawa kerajaan tempatan tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk memantau projek tapak pelupusan sampah tersebut supaya operator projek tersebut mengikut kehendak EIA. Kesalnya, tiada sesiapa dari agensi kerajaan memikul tanggungjawab dalam kes pencemaran air minuman dari Sungai Selangor ini.
Datuk yang diPertua, mengikut laporan yang disiarkan dalam New Straits Times pada 28 Mac 2006, ia melaporkan bahawa mengikut satu kajian yang dijalankan oleh 3 syarikat konsesi iaitu Alam Flora, Northern Waste Industries dan Southern Waste Management, kebanyakan daripada 144 tapak pelupusan sampah di negara kita diletakkan di kawasan yang sensitif dari segi alam sekitar, iaitu kebanyakan mereka berdekatan dengan sungai ataupun di kawasan simpanan air. Selain itu, 87 daripada tapak pelupusan sampah ini beroperasi tanpa perlengkapan pengendalian sampah yang wajar.
Walaupun kita terbaca bahawa Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengurusikan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk meninjau masalah ini, tetapi ini tidak dapat melegakan hati orang ramai di Lembah Klang kerana hujan lebat yang turun tiap-tiap hari ini besar kemungkinan akan mencetuskan perlimpahan masuk air kotor dari tapak pelupusan sampah ke dalam sungai kita dan mencemarkan air sungai kita sekali lagi.
Selain itu, isu pencemaran air di Sungai Semenyih telah mencetuskan kebimbangan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Semenyih tentang cadangan projek insinerator yang besar yang akan didirikan di kawasan Semenyih. Memandangkan Semenyih merupakan kawasan simpanan air yang penting bagi penduduk di Lembah Klang, mereka bimbang sekiranya apa-apa berlaku pada insinerator tersebut dalam masa yang akan datang, maka elemen dioksin berkemungkinan akan melimpah masuk ke dalam sungai kita dan merbahaya kepada kesihatan penduduk di Lembah Klang. Jadi saya berharap insinerator ini boleh dipindah jauh dari kawasan simpanan air ini.
Teresa Kok
Dear YB, you are not alone!
The speaker has approved your emergency motion on the pollution of source of raw water and incernator is proposed near semenyih.
But you seemed not well prepared.You btter note nowadays the government is very good at surprising people.
The next time if anyone asked you to put up emergency motion, please ask him/her for back up on the issues and get you ready for the debate.Your wits will be tested if you are not well prepared!
For the smelly water, I strongly hope you can propose to the governemtn how secure we are to trust a few businessmen who can put money above national interests!
As any businessmen will do, making moneyis the duty and the top most objective.
In this case, if the water is to be poisoned and to kill Malaysians in exchange for billions, a very good businessman will not hesitate to do so for the sake of money!
Hence, please ask the government to stop privatisation of water supply!
One of this day, we may be killed by the crazy and greedy busineeman who toake control of the privatized water supply compnay!
Comment by lcclck — Tuesday, 18-04-2006 @ 18: 47.30
Not surprise if lcclck felt that Teresa is not well prepared. The thing happened so fast and she was busy with other matters and also half expected that the speaker would put any opposition motion on the back burner or dustbin. Well, something said better than nothing said. Hopefully Teresa wouldn’t be called plice basher again for this piece, we know it is not logical…...right? (look left and right)
perhaps the speaker’s home or his relative’s home/business was affected? hehehehe…..
anyway, did the PM mentioned something about our local authorities being runned by some French General or something….that’s why the NATO approach is adopted.
this is not the first time and I promise you that this will not be the last time.
Anyway, does anybody notice that the weather pattern in malaysia is changing? a little tornado in subang and the rainy season has switched months and the durian season is wrecked….all these need careful monitoring in relation to our water supply, building foundation, drainage, environmental protection etc. Something which I don’t think the French General could do very well.
Comment by lee wee tak_ — Wednesday, 19-04-2006 @ 08: 25.17
If the Speaker had rejected this important motion on the usual crab that it “not urgent”, it would incurred the wrath of the people, especially at this time when the credibility of the government is at an all time low.
If an issue on water is not important, then what is?
I am also sure that many PMs homes had been affteced by the water disruption.
But then water and power cut is a way of life in Malaysia.
Comment by Libra3 — Wednesday, 19-04-2006 @ 11: 21.02
Hi Teresa, I just hope that the “naughty” Jerai MP is not starting to have a soft spot for you.
Comment by Billy — Thursday, 20-04-2006 @ 06: 31.39