‘Pakaian seperti perempuan sundal’
Friday, 06-01-2006Police Report
Wan Nurizan bte Shaikh Mohamad
Pada 23hb Disember 2005, saya bersama dua orang anak saya, Farina Hidayah binti Shuib 20 tahun dan Lily Soraya bte Shuib 15 tahun berjalan melalui Jalan Petaling untuk ke Bas Stand Klang. Dalam perjalanan itu, kami singgah di salah sebuah gerai menjual jam. Tiba tiba kami didatangi oleh seorang lelaki India berpakaian awam memegang sebuah walkie talkie dan mengenalkan diri sebagai polis dan bertanya samada kami rakyat Malaysia dan meminta untuk melihat kad pengenalan kami.
Dia kemudian memanggil tiga orang polis wanita untuk tugas tersebut. Kamipun mengeluarkan kad pengenalan kami untuk diperiksa. Tiba tiba anak saya Farina Hidayah bertanya kepada seorang polis wanita yang berpakaian baju berwarna merah gelap dan bertudung hitam berbunga puteh mengapa dia meraba raba punggungnya? Saya juga melihat kejadian ini dan juga merasa hairan. Dia menjawab ‘saya polis, saya boleh check dan saya nak check’. Saya berkata kepadanya dengan nada yang biasa ‘kalau ya pun takkan awak nak check badan orang depan orang ramai?’ Dia diam dan kami juga disuruh membuka beg tangan masing masing untuk diperiksa kalau kalau ada ‘barang’. Kami anak beranak memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis dalam mereka menjalankan tugas mereka waktu itu walaupun kami tidak meminta kepastian untuk mereka menunjukkan pengenalan diri mereka sebelum kami diperiksa kerana pengalaman yang tidak menyenangkan dengan dua orang anggota polis diKlang Bus Stand beberapa bulan dimana kami hampir dicederakan kerana meminta nombor pengenalan polis mereka apabila mereka meminta untuk memeriksa kad pengenalan kami dengan cara yang kurang sopan. Repot telah dibuat mengenai kejadian ini di Balai Polis Dang Wangi masa itu. Sehingga hari ini tidak ada apa apa maklumbalas dari pihak polis.
S
etelah selesai pemeriksaan, kad pengenalan kami dikembalikan dan seorang dari mereka berbaju pink menasihatkan kami supaya berhati hati dengan beg kerana katanya banyak kes ragut berlaku di situ dan saya mengucapkan terima kasih kepadanya. Tetapi, sambil berlalu meninggalkan kami, polis wanita yang meraba raba punggung anak saya tadi menoleh kepada kami sambil berkata ‘pakaian seperti perempuan sundal’. Saya pergi kepadanya dan berkata ‘jaga sikit mulut awak tu, suka suka hati kata orang pakai macam sundal’. Dia dan seorang lagi rakannya yang berjaket hitam dan bertudung puteh buat tak tahu dan kemudian menoleh kearah belakang dan terus berjalan.