Squatgate fallout: why sue me?
Wednesday, 28-12-2005I’m sorry for the lack of updates to my blog. You see, I am in China on holiday. I’ve been here since Christmas and will be back to defend the fort next week.
If I thought I could have a good break, I was wrong. One day after my arrival, I was informed about Ahmad Shabery potshot.
Just a few hours ago I was told Sin Chew reported Radzi said the Squatgate victim could sue me if she wanted.
Why sue me? Give me a break. I am broke from all the shopping.
Finally, I thank Shahrir for linking to my blog.
———————————————————————————————————————
Kenyataan media oleh Setiausaha Penerangan DAP Selangor Lau Weng San pada 27hb Disember 2005 di Petaling Jaya:
Ahmad Shabery Cheek wajar meminta maaf kepada Teresa Kok dan Lim Kit Siang kerana tuduhan-tuduhan liar yang beliau lemparkan terhadap kedua-dua orang wakil rakyat itu.
===============================
Saya membaca kenyataan Ketua Penerangan UMNO Terengganu Ahmad Shabery Cheek yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada 25hb Disember 2005 yang bertajuk “Gambar bogel: Teresa wajar bayar ganti rugi aib” dengan perasan kesal dan kecewa kerana Ahmad Shabery terus memutar-belit peristiwa sebenar.
Dalam kenyataannya, Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa Teresa bukan saja perlu memohon maaf tetapi wajar membayar ganti rugi atas aib yang diterima oleh wanita Melayu itu dan keluarganya.
Kenyataan Ahmad Shabery Cheek ini jelas menunjukkan bahawa sehingga sekarang Ahmad Shabery Cheek masih belum dapat membezakan apa itu benar dan silap.
Sebelum ini, Ahmad Shabery Cheek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Teresa dan Lim Kit Siang yang mendedahkan peristiwa ini di Parlimen bermaksud untuk menjatuhkan maruah polis dan mereka patut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana tindakan mereka ini telah memesong Dewan apabila wanita dalam klip itu terbukti ialah seorang wanita Melayu dan bukannya seorang wanita China.
Teresa Kok telah menyanggah tuduhan liar ini kerana beliau tidak pernah mengatakan bahawa mangsa video klip itu ialah seorang wanita China atau Melayu.
Polis yang perlu minta maaf, bukan Teresa.
Apa yang memang jelas kepada kita ialah anggota-anggota polis menyalahgunakan kuasa dalam perkara ini secara khususnya dan PDRM secara amnya yang perlu memohon maaf kepada wanita berkenaan (sekiranya
kedua-dua pihak ini didapati bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Bebas) berasaskan dua sebab seperti di bawah:
Pertama, polis gagal dalam memastikan prosedur semak badan dipatuhi dengan ketat. Beberapa orang anggota kanan PDRM, sama ada OCPD Petaling Jaya Penolong Komander Mohd Hazam Abdul Halim atau Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Musa Hassan mengatakan bahawa ketuk ketampi hanya dihadkan kepada mereka yang disyaki melakukan jenayah dan kesalahan yang melibatkan dadah sahaja.
Manakala pada masa yang sama, Lans Korporal Wan Zawati alias Zalina Wan Ismail, iaitu anggota polis wanita dalam video klip berkenaan memberitahu Suruhanjaya Siasatan Bebas yang diketuai oleh Tun Dzaiddin bahawa beliau mengarahkan semua tahanan lokap untuk berketuk-ketampi kerana tindakan disiplin akan diambil terhadapnya jika mana-mana tahanan lokap membawa barang larangan ke dalam lokap. Ini setidak-tidaknya menunjukkan ketidak-konsistenan polis dalam menjalankan tugas mereka.
Kedua, pasukan polis gagal menjaga disiplin dalam pasukan polis sehingga ada anggota polis yang boleh mengintai proses semak badan itu, malahan merakamkannya dan menyebarkannya yang mana ini merupakan punca pengaiban mangsa berkenaan.
Hujah Ahmad Shabery tidak bernas.
Oleh itu, hujah-hujah Ahmad Shabery Cheek selama ini adalah tidak bernas berlandaskan dua sebab berikut.
Pertama, Ahmad Shabery Cheek juba mendakwa bahawa Teresa Kok dan ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang telah menjatuhkan maruah polis sedangkan mereka yang menjatuhkan maruah polis dan mengaibkan air muka negara ialah anggota-anggota polis yang tidak profesional. Demi menjaga maruah negara, rakyat dan kerajaan perlu mengetahui kesilapan anggota-anggota polis supaya langkah-langkah pembetulan dapat
dilaksanakan dengan pengetahuan dan input daripada orang ramai.
Dalam pada itu, Ahli-ahli Parlimen yang merupakan wakil suara rakyat dalam Parlimen, badan legislatif yang terunggul di negara kita memainkan peranan terpenting dalam pada itu. Adalah tidak sesuai untuk mana-mana Ahli Parlimen untuk cuba menyapu segala masalah ini di bawah tikai.
Kedua, Ahmad Shebery Cheek bukan sahaja gagal mengambil tahu fakta-fakta yang diterangkan tadi, malahan terus meminta Teresa Kok untuk membayar ganti rugi terhadap aib besar yang ditanggung oleh mangsa itu, sedangkan mereka yang merakam dan menyebarkan klip video ini ialah anggota-anggota polis yang jelas telah melanggari peraturan PDRM. Kenyataan Ahmad Shabery ini tidak selari dengan peranannya sebagai wakil rakyat yang mana kenyataan-kenayataan mesti berpandukan fakta yang betul.
Dengan kenyataan-kenyataan beliau yang memesongkan selama ini, Ahmad Shabery Cheek wajar meminta maaf kepada Teresa Kok dan Lim Kit Siang kerana tuduhan-tuduhan liar yang beliau lemparkan terhadap mereka.
Lau Weng San
YB, they can say all they want to say about suing you over the fallout of the squatgate issue but doing it is another issue and being successful in their suit is another, you of all people should know about it better. Perhaps they are of the opinion by saying so they are “saving face” but they don’t realise that its probabbly better to keep their mouth shut and not comment about the matter further. Makes me wonder if they like the taste of their feet in their mouth, maybe that’s why they keep making comments like that time and time again.
Anyway, enjoy your holidays and wishing you and your family a very Happy New Year
cheers,
mona
Comment by mona — Wednesday, 28-12-2005 @ 16: 19.04
Tell him to advice those abused Abu Ghraib prisoners to sue the journalist or whoever that exposed that scandal.Why did’nt that journalist not discuss and try to solve the problem with the US army instead of exposing those photos of prisoners on a leash.
This Shab Cheeky surely would be viewed as a Hero in the eyes of the USA and maybe a red carpet welcome to the White House?
Comment by hawk — Thursday, 29-12-2005 @ 00: 07.09
There are 2 probabilities to explain their behaviour:
(i) Teresa & DAP are gaining popularity. So, BN MPs feel the need to put them down before their enemy become heroes.
(ii) All big issues should be disclosed behind closed doors so that BN MPs can have a chance to put their foot in to be part of the event and fight for it their way (making themselves heroes).
Comment by AdmiralChengHo — Thursday, 29-12-2005 @ 09: 07.16
Talk is cheap, Ahmad Shabery. I hope the girl is smart enough not to listen to this lawyer buruk!
Comment by cashanson — Friday, 30-12-2005 @ 15: 29.48