Another marathon day in parliament
Wednesday, 30-11-2005I manage to deliver a speech (see below) on the Ministry of Housing and Local Government, where the minister himself, Ong Ka Ting, came to answer and wound up the ministry’s debate. I hurriedly prepared my speech with the generous help of a friend who was well verse in housing issue.
I have been busy with the police cases and my mind needed a rest. The pressure is unreal when at times reporters call non-stop. I did not interrupt Ong Ka Ting during his reply as I know it was going to be a long, boring day in the dewan which was ro sit from 11am till 10.30pm .
My speech:
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Pada 29 November 2005
Pertama sekali saya ingin memuji pihak Kementerian kerana mempraktikkan prinsip ketelusan dengan meletakkan nama pemaju perumahan yang tidak baik sehingga 695 syarikat pemaju buruk telahpun dimasukkan dalam laman web kementerian. Ketelusan ini adalah amat dihargai memandangkan semakin banyak pembeli rumah ditipu dalam skim perumahan, dan dengan memasukkan nama mereka di laman web kementerian, para pembeli rumah pun akan dapat informasi tentang pemaju yang mempunyai rekod buruk tersebut. Di sini saya ingin tanya apakah syarikat pemaju buruk yang tersenarai ataupun dikenakan kompaun oleh kementerian yang disenaraikan dalam laman web kementerian ini akan diluputkan lesen pemajunya ataupun syarikat-syarikat ini tetap diberi peluang untuk memohon lesen projek perumahan yang baru?
Walau bagaimanapun, saya ingin tanya kenapakah pemaju projek yang terbengkalai tidak disenaraikan dalam laman web kementerian? Selain itu, terdapat segelintir pemaju buruk yang syarikat mereka disenarai-hitamkan pun mencari jalan baru dengan menubuhkan syarikat-syarikat kecil yang baru untuk menjalankan projek perumahan baru. Oleh itu, pihak kementerian sepatutnya menyenaraikan senarai pengarah, pemegang saham dan akaun yang diaudit di laman webnya, supaya pembeli rumah akan lebih jelas tentang latar-belakang syarikat- syarikat pemaju ini.
Datuk pengerusi, saya difahamkan terdapat 80 pemaju gagal untuk mengikuti keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, apakah kementerian juga akan mendakwa mereka ke mahkamah? Selain itu, bagi pemaju perumahan yang buruk yang enggan mengikut keputusan Tribunal tersebut, saya mencadangkan apabila kementerian mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka, adalah lebih wajar bagi kerajaan untuk melaporkan nama pengarah dan nama syarikat di media, supaya pembeli rumah akan lebih kenal pengarah di belakang syarikat pemaju perumahan yang buruk ini.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru pihak kementerian supaya menambahkan pegawai dan lebih berkesan di Bahagian Aduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Di kawasan saya, terdapat beberapa kali di mana pembeli rumah yang menghadapi masalah dengan pemaju pergi membuat aduan di Bahagian Aduan di Kementerian dan pegawai Kementerian telah berjanji untuk menetapkan mesyuarat di antara pihak pemaju dengan pihak pembeli rumah, tetapi mesyuarat seperti ini selalu dibatalkan pada saat terakhir, khususnya dalam projek perumahan yang bermasalah di Taman Kuchai Jaya. Saya ingin menyeru pihak kementerian boleh menetapkan tarikh mesyuarat yang tidak akan ditukarkan lagi di antara pihak pemaju, iaitu syarikat Tan Yew Lai yang hampir bergulung tikar dengan pembeli rumah ini untuk menyelesaikan pelbagai masalah, khususnya isu permohonan hak milik strata di kondominium mereka.
Ramai penduduk kondominium menghadapi masalah dengan pihak pemaju, mereka selalu menanya saya bilakah Parlimen akan meluluskan rang undang-undang pengurusan bersama di antara pihak pemaju dan pihak penduduk kondominium yang telahpun dikata-katakan oleh YB Menteri selama 3 tahun ini? Sehubungan dengan itu, bilakah pindaan terhadap Akta Pemaju itu akan dibentangkan di Parlimen? Apakah pindaan terhadap undang-undang ini melalui proses perbincangan dengan pihak NGO yang pakar dalam bidang ini?
Insinerator di Broga
Penduduk di Broga masih berharap-harap pihak kementerian akan mengenepikan projek insinerator di kawasan kediaman mereka atas alasan kesihatan dan alam sekitar, selain itu, kawasan tersebut juga diklasifikasikan sebagai kawasan simpanan air di Selangor dan Lembah Klang. Sekiranya berlakunya apa-apa kemalangan dalam insinerator tersebut, maka nyawa penduduk di seluruh kawasan Negeri Selangor dan Lembah Klang akan terjejas.
Di sini saya ingin merayu YB Menteri supaya menumpukan lebih usaha dan peruntukan untuk menyokong projek kilang yang mengitar-semula sampah-sarap dan mengenepikan yang merosakkan alam sekitar seperti insinerator.
Akhirnya saya ingin sentuh tentang kementerian yang ingin memberi hak kepada golongan konsultan professional untuk mengeluarkan CF bagi projek perumahan. Saya ingin tanya berapakah konsultan profesional yang melakukan kesalahan didenda oleh kementerian? Selama ini, pihak kerajaan tidak pernah mengenakan apa-apa denda terhadap sesiapa konsultan yang melakukan kesalahan …...... (cut off by speaker)
Hi there,
I hope that you really get a good rest every time after the long day. Don’t burn yourself out… Bravo for uncovering the stripping case in Police station. Take good care.
Comment by James — Thursday, 01-12-2005 @ 12: 34.17
Hi Teresa, manage to meet u in person a few weeks ago while i was having dim sum with friends at Sri Petaling….just wanna say that i appreciate your commitment and fighting spirit in dealing with uncivilized ppl in the parlimen…Take care
Comment by chrisheng — Friday, 02-12-2005 @ 13: 38.55