Investor’s accounts frozen
Thursday, 24-11-2005I made a speech during the debate of the allocation given to the Ministry of Science, Technology and Innovation yesterday.
Mr Lim Kit Siang was supposed to move a motion to cut RM10 from the salary of minister Jamaluddin Jarjis (JJ) because he failed to reply to Kit Siang letter, but then JJ, who just returned from overseas, immediately appeared at the Parliament house together with many ministry officers the evening before and asked Kit not to do so. Kit withdrew his motion after he managed to whack JJ and his ministry (pls refer to Kit’s blog).
Initially I didn’t intend to speak on this ministry, so I spent a lot of time attending to other things in Parliament.
While I was busy doing my things, I was also paying attention to what’s going on in the chamber. I suddenly remembered a case which I had spoken before in the house, i.e. the InvenQjaya case. InvenQjaya factory is in Cyberjaya. Sadeg, the InvenQjaya’s CEO was invited by the former PM, Dr Mahathir Mohamed to come to set up his firm in Malaysia. There was an agreement signed between the Ministry of Finance and him, where the ministry provided him soft loan and his firm came out with various inventions. But when Dr Mahathir stepped down, he then faced difficulties with certain politicians in the government. The police then acted on the police report lodged by his disgruntled staff, froze his assets and his bank account under the Money Laundering Act.
Eleven months later, there isn’t any outcome from the police investigation, and the police didn’t even take a statement from Sadeg.
It is very unfair for an inventor and investor to be treated in such a manner. This case has been reported in both domestic and foreign media and is also known in the investors’ circle. The country will certainly fail to attract investors if the government don’t handle this case well.
When the deputy minister Kong Chor Ha replied me, he just gave me one sentence, saying this issue is not under his ministry as the Ministry of Finance handles such issues, and, so, sorry lah, he cannot answer me. It is funny that the deputy minister of the Ministry of Science, Technology and Innovation cannot give a reply concerning InvenQjaya. He should have at least show some interest on this case and give the Dewan Rakyat a reason why the government ordered the police to take action against the inventor and investor.
Here’s my speech in Parliament:
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Kawasan Seputeh Pada 23 November 2005 Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiSaya ingin tanya pihak Kementerian untuk memberitahu dewan yang mulia ini tentang kes seorang usahawan dan pereka/inventor dari Amerika Syarikat luar negeri yang syarikatnya menghadapi pelbagai masalah dan halangan di Malaysia.
Kes ini ialah berkenaan dengan Sadeg, seorang rakyat Amerika Syarikat dijemput oleh bekas PM Dr Mahathir untuk menubuhkan syarikatnya InvenQJaya di Cyberjaya. Perjanjian telahpun ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dengan beliau di mana Kementerian Kewangan memberi “soft loan” kepada beliau dan syarikatnya akan mengeluarkan pelbagai rekaan dan ciptaan kepada negara kita.Masalah timbul apabila Dr Mahathir bersara, kononnya terdapat tokoh politik yang menerajui kementerian tertentu, termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mula menyusahkan beliau. Sadeg mendakwa pihak kerajaan meggunakan seorang staf syarikatnya yang kurang puashati dengan beliau untuk membuat laporan polis terhadap beliau. Polis kemudian membuat serbuan terhadap syarikatnya InvenQJaya dan membekukan semua aset dan operasi syarikatnya dengan menggunakan Anti Money Laundering Act.
Apa yang saya tidak puashati ialah, polis telahpun menjalankan siasatan selama 11 bulan, tetapi pihak polis dan pihak kementerian masih gagal memberi satu alasan yang munasabah tentang hasil siasatan dan juga memberi penjelasan tentang sebab-musebab pembekuan syarikatnya, apa yang aneh ialah, pihak polis masih belum mengambil kenyataan daripadanya dan belum lagi mendakwa beliau ke mahkamah sejak syarikatnya dibekukan. Sekiranya ini ialah cara Kementerian melayan pereka dan usahawan asing seperti Sadeg, maka kita tentu akan menghalang lebih ramai pereka ataupun “inventor” daripada berusaha dalam bidang Sains dan Inovasi di Malaysia. Selain itu, kerajaan juga secara tidak langsung menakutkan pelabur asing daripada datang ke Malaysia kerana perkara ini telahpun luas disiarkan di media tempatan dan media asing. Ini juga bermaksud kes penindasan terhadap pereka dan pelabur asing ini oleh pihak kementerian juga telah luas diketahui oleh komuniti pelabur asing.Saya ingin minta pihak kementerian memberi satu jawapan di dewan yang mulia ini, iaitu apakah kesalahan sebenar pengarah kepada syarikat InvenQjaya ini? Kenapakah kerajaan membekukan aset dan syarikatnya melalui Anti Money Laundering Act dan bilakah pihak kementerian akan memulihkan semula operasi syarikat ini?
Sehubungan dengan itu, apakah rancangan kerajaan untuk menarik lebih pelabur asing dan pereka asing untuk menceburi dalam bidang Sains dan Innovasi sebagai langkah untuk menaikkan taraf perekaan Sains dan Innovasi di Malaysia?Selain itu, saya juga ingin tanya apakah insentif akan diberi oleh kementerian untuk menggalakkan lebih pemuda untuk menyertai bidang sains dan innovasi?