Pak Lah, I want action and I want it NOW

Tuesday, 22-11-2005

22 November 2005

Kepada

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

(Melalui: YB Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri di JPM)

YAB Dato’ Seri,

Balas Dendam Polis Terhadap Perempuan Negeri China Yang Membuat Aduan Tentang Salah-Laku Polis dan Operasi Serbuan Polis Terhadap Karaoke dan Pub Berikutan Dengan Aduan Perempuan China Tersebut

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YAB Dato’ Seri terhadap perkara berikut:

1. 4 wanita Negeri China yang mempunyai visa dan passport yang sah tetapi ditahan dalam operasi polis pada 3 November 2005 berdekatan dengan Sungai Buloh dan dimasukkan ke lokap polis di Balai Polis Petaling Jaya selepas itu. Polis mendakwa mereka dengan alasan bahawa passport mereka disyaki palsu. Mereka kemudian dibebaskan pada petang 7 November 2005 selepas Jabatan Imigresen di Putrajaya mengesahkan passport mereka adalah benar (sila rujuk lampiran laporan polis bersama mereka, nombor repot: PETALING JAYA/013617/05).

2. Wanita Negeri China ini kemudian membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah, Bahagian Tata-Tertib PDRM di Bukit Aman di samping membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya tentang kelakuan rasuah dan salah-laku polis. Mereka juga telah menghadiri sidang akhbar bersama dengan saya dan YB Dato’ Seri Nazri tentang perbuatan rasuah dan ketidaktetapan yang berlaku di Balai Polis Petaling Jaya, termasuk menghendaki mereka menanggalkan baju dan membuat “ear-squat” di hadapan pegawai polis wanita sebelum dimasukkan ke dalam lokap.

3. Layanan polis terhadap keempat-empat wanita China ini mendapat liputan akhbar yang besar, khususnya di akbar Cina di Malaysia. Selain itu, kes ini juga disiarkan dalam media di luar negara, khususnya akhbar Singapura dan beberapa akhbar besar di Negeri China. Kedutaan Negeri China di Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan yang menyeru pihak polis menyiasat aduan perempuan China ini dengan serius.

4. Keempat-empat wanita China ini kemudian dipanggil untuk mengenal-pasti lebih kurang 40 pegawai polis yang berkhidmat di Balai Polis Petaling Jaya, tetapi kesalnya pegawai polis yang menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan di kawasan Sungai Buloh yang telah mendakwa passport mereka palsu tidak dipanggil untuk dikenal-pasti oleh wanita China ini. Mengikut aduan wanita China ini, pegawai yang mengadakan “road block” dan menahan wanita China ini sebenarnya telah membuat isyarat tubuh badan ingin minta wang rasuah daripada mereka. Ini telahpun disebut dalam laporan Yu Xuezhen semasa beliau membuat aduan di Bahagian Tata Tertib PDRM di Bukit Aman.

5. Kesalnya, kesemua wanita China yang membuat laporan polis tentang salah-laku polis ini diganggu oleh 7 – 8 orang pegawai polis di antara jam 1 – 2.30 pagi pada 22 November 2005 di rumah mereka dan menyemak samada suami mereka duduk bersama dengan mereka. Tindakan polis tersebut adalah satu bentuk gangguan ataupun “harassment” terhadap pengadu asing yang membuat laporan terhadap polis. Kelakuan polis tersebut juga merupakan satu tindakan balas dendam dan ugutan terhadap wanita Negeri China yang membuat aduan terhadap salah-laku mereka. Cara polis yang mencabuli ruang persendirian mereka ini adalah amat tidak professional dan juga merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa. Perbuatan polis ini juga bercanggah dengan kenyataan kerajaan dan Ketua Polis Negara yang menyeru orang ramai membuat laporan tentang salah-laku polis dan menjejaskan usaha kerajaan untuk membanteraskan rasuah di kalangan pegawai polis.

6. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta pihak kerajaan dan pihak polis supaya mengkaji semula operasi serbuan pihak polis terhadap Karaoke dan kelab malam dengan tujuan untuk menahan gadis dari Negeri China yang bekerja di Karaoke dan pub. Serbuan pihak polis terhadap tempat hiburan ini telah dilihat oleh orang ramai sebagai tindakbalas polis terhadap aduan yang dibuat oleh keempat-empat gadis Negeri China yang mana telah diheboh-hebohkan oleh media tempatan.

7. Tindakan polis yang selalu mengganggu tempat hiburan ini sebenarnya akan menghasilkan impak yang negatif terhadap usaha kerajaan yang menarik pelancong asing, khususnya pelancong dari Negeri China ke Malaysia, kerana kebanyakan pelancong dan peniaga dari Negeri China suka melawat tempat-tempat hiburan apabila mereka berada ke Malaysia. Operasi serbuan polis yang kerap di tempat hiburan juga akan melibatkan pelancong yang tidak bersalah sehingga mereka mempunyai gambaran yang buruk terhadap Malaysia.

8. Saya menyokong usaha kerajaan untuk menghalau pendatang tanpa izin yang bekerja di negara kita, tetapi saya ingin mencadangkan supaya pengusiran pendatang tanpa izin yang dijalankan secara gigih oleh pihak polis ini juga harus merangkumi pendatang tanpa izin dari negara-negara lain, termasuk pendatang dari negara lain yang bekerja tanpa izin di negara kita, seperti pendatang dari Afrika, Negeri Indonesia dan Filipina, dan bukan tertumpu pada pendatang atau pekerja tanpa izin dari Negeri China sahaja, supaya tindakan polis ini tidak dilihat bertumpu pada rakyat Negeri China sahaja kerana tindakan ini akan menjejaskan hubungan dua-hala di antara Malaysia dengan Negeri China.

Memandangkan kes keempat-empat perempuan China yang membuat aduan terhadap salah-laku polis ini telah menarik perhatian daripada masyarakat Malaysia dan juga masyarakat Negeri China dan mereka tengah tunggu hasil siasatan pihak polis dan juga hukuman terhadap pegawai polis yang bersalah. Saya berharap YAB Dato’ Seri yang juga merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri boleh mengambil aduan mereka dengan serius dan mengarahkan polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap aduan mereka di samping mengarah pihak polis untuk menghentikan gangguan terhadap kehidupan persendirian keempat-empat wanita Negeri China yang membuat aduan ini.

Segala bantuan dan perlindungan YAB Dato’ Seri terhadap 4 perempuan Negeri China yang membuat aduan terhadap salah-laku polis ini adalah amat dihargai dan didahulukan ribuan terima kasih.

Yang benar,

__________

YB Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

s.k.

YB Dato’ Noh Omar, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2005/11/22/pak-lah-i-want-action-and-i-want-it-now/trackback/

  1. Dear YB,

    You had indentified all problems to our YAB Perdana Menteri without providing solutions. Then, how should the police conduct raids? How frequents? What to do during the raids? What sort of chinese nationals that the police should stop and inquire and other should not be touched? Any propose guidlines? First when immigartion crack down on illegals Indonesian, someone said something, authorities pulled their hand-brakes. Then, came police to the spot-light with striping and ear-squating acts. A lot of hu! and ha!. What next? Everyone started fingers pointing. How about solutions? You are sitting in the committee reviewing the police code and CPC, and should have enclosed your views and opinions and solutions to our beloved YAB Perdana Menteri for consideration rather than just pointing out the problems without a solution.

    Do you know why the police crack down on chinese girls/ladies? I also do not know why. However, by logic and observation, now a days, i see a lot of GRO from China in pubs, lounges and etc more than others or previously filipinos and indonesians. These chinese ladies had edged the filipinos and indonesians. I am right to say so?

    Comment by seequa — Sunday, 27-11-2005 @ 00: 59.10

  2. The Royal Comission on the Police has come up with very good observations and recommendations. What is needed now is to IMPLEMENT it. Guidelines are meant to be followed.

    seequa, even if there are a significant number of Chinese nationals involved in GRO etc, fact is, we cannot just generalize and profile all Chinese nationals like that. If we are to condone/justify in such a manner, then we Malaysians from a Muslim dominated society shouldn’t squeal and throw a tantrum when Western countries target Muslim tourists in their respective countries.

    Comment by wawa — Sunday, 27-11-2005 @ 23: 57.53

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>