Taxation Department Officers Are Too Hard On People
Thursday, 27-10-2005The debate on the Finance Ministry started today. I waited the whole morning and finally I was lucky enough to be able to speak before lunch break at 1 pm. This is the last day of Parliament sitting before Deeparaya next week.
In my speech, I criticised Inland Revenue Board (IRB) officers who have been very agressive and sometimes a bit inhumane when pursuing business people whom they regarded as tax evaders. In many instances, the IRB officers asked them to present their company financial account dating back seven years.. It is impossible for most people, especially small and medium business operators to keep their account for so many years.
I also mentioned that since self assessment taxation was implemented hastily, many people don’t know how to fill the form which is bit challenging for some people. The taxation department is also very slow in their refund to taxpayers. When tax payers unable to pay tax within 30 days, they have to pay 10% interests, but when IRB delay in refund within three months as promised, no interest is paid to those who qualify for refunds.
I also mentioned about corruption among officers of IRB and I read a complaint letter sent to me on this matter as part of my speech.
Part I of my speech On Finance Ministry In Parliament Today
Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peruntukan Kepada Kementerian Kewangan Pada 27 Oktober 2005
Isu Berkenaan Lembaga Hasil Dalam Negeri
i) Penilaian Cukai Sendiri
Ramai orang masih tidak jelas tentang cara membuat penilaian cukai sendiri dan perlaksanaannya adalah terlalu terburu-buru tanpa memberi pendidikan yang cukup kepada orang ramai, khususnya pada pembayar cukai individu. Selain itu, borang pencukaian pun kelihatan mengelirukan dan tidak senang difahami oleh orang ramai.
Bagi syarikat pula, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menghendaki mereka membuat ramalan pertumbuhan bisness setiap tahun dengan anggapan syarikat swasta ini bertumbuh setiap tahun, tetapi dengan keadaan ekonomi yang kurang baik sekarang, memanglah tidak adil bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menghendaki syarikat kecil berbuat demikian kerana banyak syarikat memang mengalami kerugian dan dalam keadaan kesukaran;
ii) Cara Pegawai Mengejar Balik Cukai Terlalu Agresif
Ramai peniaga, khususnya peniaga kecil mengadu tentang cara dan sikap yang kurang kemanusiaan oleh pegawai LHDN yang ingin mendapat balik cukai yang dikatakan terhutang oleh mereka ini kerana kadang-kadang pegawai pencukaian ini menghendaki mereka membentangkan akaun dalam 5 ataupun 7 tahun yang lepas, dan ini adalah amat tidak adil kerana ramai orang tidak menyimpan akaun mereka begitu lama, dan selalunya mereka terpaksa tunduk kepada tekanan dan paksaan pegawai LHDN dan membayar jumlah cukai yang banyak;
iii) Korupsi Di Kalangan Pegawai LHDN
Saya menyeru kerajaan mengambil perhatian tentang aduan korupsi di kalangan pegawai LHDN. Disini saya ingin membaca surat yang dihantar kepada YAB Perdana Menteri dan salinan dihantar kepada beberapa Ahli Parlimen termasuk saya tentang korupsi yang berlaku oleh sesetengah pegawai LHDN. Surat ini berbunyi seperti berikut:
“Is the government aware that in tax evasion cases, income tax investigation officers are working in collusion with ex-income tax colleagues, where the investigation officers insist and instruct the tax evaders to engage his ex-colleagues to handle the tax evasion cases?
In so doing the government collected substantially less taxes from the tax evaders; and colluded parties received a big lump sum from the tax evaders. Profit at the expense of the government.
This internal practice has been in operation for more than 3 years.
Kindly look into these serious matters if government really advocates public transparency and accountability.
Zaid Ibrahim
Tax Payer
15 August 2005”
iii)Bayar Balik Hasil Kutipan Cukai Yang Berlebihan (Refnd) Sangatnya Lambat
Tempoh bayar balik hasil kutipan cukai oleh pihak LHDN adalah 3 bulan tetapi selalunya pihak LHDN mengambil masa yang lebih daripada 3 bulan untuk bayar balik kepada mereka. Apabila pembayar cukai lewat membayar cukai dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan, mereka akan dikenakan denda sebanyak 10% tetapi apabila LHDN lewat membayar balik kepada pembayar cukai, pihak LHDN tidak membayar kadar bunga (interests) kepada mereka.
iv) Value Added Tax ataupun Goods Services Tax (GST)
Kerajaan telahpun bercadang ingin mengenakan GST pada barangan yang dijual di pasaran, tetapi sehingga hari ini kerajaan masih tidak menerangkan kepada orang ramai tentang cara kutipan GST. Apakah pengenaan GST ini lebih membebankan rakyat-jelata dan amat tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah?
Suruhanjaya Sekuriti Yang Enggan Membantu Pembekal Barangan Hiong Kong Pasaraya
Datuk Pengerusi, saya ingin membangkitkan kes tentang Hiong Kong Pasaraya yang ditutup dalam satu malam dan diambil-alih oleh The Store Supermarket pada tahun lepas. Para pembekal barangan (suppliers) kepada Hiong Kong Pasaraya pernah mengadu kepada Suruhanjaya Sekuriti dan mendesak Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini, kerana Hiong Kong Pasaraya menggunakan barangan consignment pembekal barangan ini sebagai sekuriti apabila mereka membuat pinjaman daripada bank, tetapi kesalnya Suruhanjaya Sekuriti tidak ingin berjumpa dan enggan bekerjasama dengan mereka dengan membekal lebih maklumat mengenai urusniaga di antara The Store dan Hiong Kong Pasaraya kepada para pembekal barangan ini supaya mereka boleh menuntut keadilan di mahkamah.
Saya merasa amat kesal bahawa Suruhanjaya Sekuriti ini enggan membantu golongan peniaga yang tertipu dan mengalami kerugian yang amat besar ini. Sebaliknya pihak Suruhanjaya Sekuriti menganggap ini sebagai isu sensitif dan kes sivil yang menyuruh pembekal barangan untuk mengambil tindakan mahkamah sahaja.
Saya ingin minta YB Menteri untuk mengambil perhatian terhadap kes ini kerana Suruhanjaya Sekuriti sepatutnya mengambil tindakan terhadap semua kes berkenaan dengan penipuan sekuriti dan tidak harus terhad pada syarikat tersenarai di Bursa Saham sahaja. Suruhanjaya Sekuriti haruslah menjalankan siasatan terhadap aduan publik ini dan menegakkan keadilan kepada golongan yang teraniayai dan tertipu ini.