UMNO MPs Spoke Up For Former MAS Air Stewardess
Thursday, 27-10-2005Today, former MAS air stewardess Beatrice Fernandez who sued the airline for dismissing her because she was pregnant came to Parliament.
I invited her to meet some MPs because MAS is demanding about RM100,000 legal cost from her as she lost her legal battle in the Federal Court.
I then spoke about her case in the debate, and the UMNO MP for Ketereh supported my speech by saying that it is cruel for MAS to sack its staff because they were in pregnancy as it is the will of Allah for us to have children.
She then met Sharir Samad, chairman of BN Back Benchers Club, who asked her to write a letter of appeal to the new CEO of MAS and cc to him.
Beatrice seems happy with her visit in the Parliament as she heard us bringing up her issue in the debates and won sympathy from some UMNO guys outside the chamber.
I hope we can pressure MAS to cease demanding the RM100k legal cost from her. I will continue to pursue the issue again in the debate of other ministries in two weeks’ time
Part II of My Speech On Allocation to Finance Ministry Today in Parliament
MAS
Kita semua tahu tentang kerugian yang berjuta-juta ringgit yang dialami oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Apa yang saya tidak faham ialah, dengan kerugian yang berjuta-juta ringgit dan cabaran yang kuat daripada Air Asia, MAS seharusnya lebih berhati-hati dengan pengurusan dan menjimat perbelanjaannya, tetapi dengan hairannya, MAS masih menghentikan pekerjaan pramugarinya apabila mereka mencapai umur 40 tahun manakala pramugaranya boleh terus berkhidmat dengan MAS sehingga umur 55 tahun.
Datuk Pengerusi, dengan menghentikan pramugari MAS pada umur 40 tahun, MAS terpaksa menggunakan banyak perbelanjaan untuk melatih pramugari yang baru dan tiada pengalaman, kos latihan ini sebenarnya lebih tinggi daripada mengekalkan pramugari yang berpengalaman yang mencapai umur 40 tahun. Selain itu, bagi wanita hari ini, mereka yang mencapai umur 40 tahun sebenarnya masih kelihatan muda dan bertenaga, sebenarnya mereka boleh memberi lebih sumbangan kepada MAS berbanding dengan pramugari yang baru dan muda, selain itu, cara MAS melayan pramugari yang berumur lebih tinggi ini juga bercanggah dengan prinsip yang menegah diskriminasi berdasarkan jantina yang termaktub dalam artikel 8(2) dalam Perlembagaan Persekutuan kita.
Di sini, saya merasa amat tidak puas hati tentang cara MAS yang ingin menuntut kos mahkamah lebih kurang RM100,000 daripada bekas pramugari Beatrice Fernandez setelah Beatrice kalah dalam kesnya di Mahkamah Persekutuan. MAS sebuah syarikat yang besar, pemecatannya terhadap Beatrice atas sebab kehamilannya memang merupakan tindakan yang amat tidak adil dan menghina wanita, kenapakah MAS masih
menghendaki beliau untuk membayar kos mahkamah? Kalau kita lihat syarikat penerbangan lain seperti Air Asia, pramugarinya boleh berkhidmat hingga umur 55 tahun, begitu juga dengan Air India dan syarikat penerbangan luar negeri yang lain. Saya berharap YB Menteri Kewangan boleh melakukan keadilan terhadap Beatrice dengan membetulkan tindakan MAS yang tidak adil dan kurang kemanusiaan ini.
Wang Tak Dituntut
Saya terima aduan daripada seorang penyimpan wang di bank HSBC di mana semua passbooknya dan juga anak-anaknya hilang kerana keretanya hilang dicuri. Beliau juga tidak lagi ingat tentang nombor akaun dan jumlah wang yang tersimpan dalam HSBC tersebut dan jumlah wang simpanannya pun dianggap sebagai Wang Tidak Dituntut. Apabila beliau mengadu kepada Bank Negara pada tahun lepas, Bank Negara hanya menghantar surat kepadanya dengan berkata Bank Negara telah mengarah bank berkenaan untuk menyiasat tetapi tiada apa-apa tindakan diambil olehnya. Saya menyeru Bank Negara mengambil perkara ini dengan serius tentang aduannya dan nombor bilangan dalam surat Bank Negara ialah: JPB010545/SAH.
MAS should just leave her alone. What is 100K to MAS after all that it has bled. Stop being vindictive and stop chasing after Beatrice.
Nice blog you have. Was pointed here by 101.
Cheers
Comment by LOne — Friday, 28-10-2005 @ 21: 27.28