Biro Tatanegara Spread Racist Teaching
Wednesday, 26-10-2005I have delivered a speech in Parliament on the allocation given to the PM’s department yesterday, 25th October 2005. In the ten minutes speech (we were only allowed to speak for ten mins), I have mentioned about the teaching of Biro Tatanegara, settlement for squatters of KL Linear City, issues related to Parliament and Elections Commission.
Part 1 of my speech is as follow:
Biro Tatanegara
Datuk yang diPertua, saya ingin minta Menteri di JPM untuk memberitahu dewan yang mulia ini tentang isikandungan latihan yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara. Saya terima aduan daripada sesetengah peserta yang pernah menyertai latihan atau kursus Biro Tatanegara, mereka berkata pelatih di Biro Tatanegara itu menyebarkan ajaran atau fikiran yang melampau mengenai agama dan perkauman kepada para pelajar. Mereka diberi ajaran yang hanya mengagung-agungkan sesuatu kaum dan agama tetapi menyisih kaum dan agama yang lain di negara kita.
Datuk yang diPertua, saya ingin minta Menteri untuk menjelaskan tentang objektif dan tujuan asal kerajaan menubuhkan Biro Tatanegara dan samada kerajaan memantau kurikulum dan pelatih dalam biro ini? Saya difahamkan latihan Biro Tatanegara ini hanya diberi kepada pelajar kaum Melayu di kampus universiti dan ia tidak terbuka kepada kaum lain. Para pelajar ini dipilih untuk “cuci otak” selama seminggu di luar kampus supaya mereka dijadikan “budak baik” atau “pak turut” kepada kerajaan.
Kerajaan telah berkali-kali menanya kenapakah negara kita masih tidak dapat mencapai perpaduan nasional setelah kita merdeka selama 48 tahun, dan kerajaan malah mengadakan latihan khidmat negara untuk menyatu-padukan pemuda-pemudi daripada pelbagai kaum, selain itu, RTM telah mengadakan program Debat Perdana dengan menjemput ahli politik dan pakar sosial untuk membahas tentang isu perpaduan kaum, dan Jawatankuasa Pilihan Khas juga telah ditubuhkan di Parlimen untuk mengkaji tentang masalah perpaduan kaum. Soalannya, bukankah kurikulum dalam Biro Tatanegara yang keterlaluan ini bercanggah dengan dasar kerajaan yang ingin memupuk perpaduan di antara kaum? Kenapakah kerajaan masih membiarkan ajaran yang melampau dan merosak hubungan kaum dalam Biro Tatanegara ini diteruskan?
Masalah Setinggan KL Linear City
Datuk yang diPertua, saya ingin membangkitkan satu isu yang mana saya bangkitkan dua tiga kali setahun, iaitu tentang isu penjualan rumah kepada penduduk setinggan KL Linear City yang telah berpindah demi membuka jalan kepada projek KL Linear City yang terbengkalai pada tahun 1996. Kesemua penduduk setinggan yang terlibat diberi dua pakej pampasan pilihan, iaitu wang tunai RM22,000 ataupun rumah kos menengah yang luasnya 650 kaki persegi dibina di Lot PT 4813 di Bukit Jalil dijual kepada mereka dengan harga RM45,000.
200 keluarga yang pilih pakej pampasan rumah, mereka menandatangani kontrak yang begitu menarik sekali, di mana mereka diberi elaun pemindahan RM1,000 dan sewa bulanan RM300 sehingga rumah pangsa tersebut diberi CFO, tetapi malangnya projek KL Linear City terbengkalai dan kontrak mereka yang disaksikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Kerajaan Persekutuan pun disia-siakan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Pandikar Amin dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohamad Shaid Mohd Taufek pernah memberitahu para setinggan KL Linear City dalam satu perjumpaan dengan mereka pada 8 Januari 2002, bahawa EPU akan membina dan menjual unit kos rendah yang berharga RM42,000 kepada mereka pada tahun 2003, tetapi malangnya, janji bekas Menteri dan bekas Datuk Bandar ini menjadi janji kosong pula.
Pada Oktober 2003, para penduduk setinggan KL Linear City ini diberi surat jaminan tawaran rumah oleh DBKL dengan sokongan daripada EPU bahawa EPU akan membina rumah kos rendah kepada mereka, sementara menunggu rumah mereka, para setinggan ini ditawar untuk menyewa rumah pangsa kos rendah PPR.
Soalan yang ditanya-tanya oleh para setinggan KL Linear City ini ialah, di manakah rumah pangsa yang dijanji oleh EPU dan DBKL kepada mereka? Bilakah kerajaan akan menunaikan janji kepada golongan setinggan ini? Saya berharap Menteri JPM boleh memberi satu jawapan yang memuaskan kepada kami untuk dipanjangkan kepada para setinggan ini di dewan yang mulia ini.
Biro Tatanegara banyak menyemai semangat perpaduan kaum dan mengajar saya menghormati semua kaum yang ada di Malaysia.Saya adalah salah seorang peserta yang telah mengikuti ko-korikulum Biro Tatanegara.
Comment by AZRULSHAM — Monday, 10-07-2006 @ 16: 19.58