Kerugian Bank Islam

Tuesday, 25-10-2005

Parliament Speech Part III
Kerugian Bank Islam

Datuk yang diPertua, saya amat prihatin tentang kerugian bersih sebanyak RM456.44 juta oleh Bank Islam bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2005 kerana Bank Islam menghadapi Non-Performing Loans (NPLs) yang berjumlah RM2.2 billion, kerugian ini mewakili nisbah bersih (net ratio) 12.5% berbanding dengan purata industri sebanyak 5.1%.

Pada masa kini, Bank Islam mempunyai 4 pemegang saham yang besar, iaitu Permodalan Nasional Berhad (32%), Tabung Haji (30%), KWSP (6%) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (5%), selain itu majlis agama di banyak negeri juga merupakan pemegang saham di bank tersebut. Kerugian Bank Islam ini merupakan tamparan hebat terhadap kerajaan yang melaungkan Islam Hadhari dan juga para umat Islam yang dalam bulan Ramadan bulan suci ini.

Datuk yang diPertua, saya ingin tanya Kementerian Kewangan tentang isu-isu berikut:

i) Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kerugian Bank Islam ialah kerana bank itu telah keluarkan “rights issue”yang sebanyak RM400 juta dan disalur ke Offshore Financial Service Authority di Labuan, banknya di Labuan kemudian memberi pinjaman sebanyak RM450 juta kepada syarikat di Sarajevo dan Afrika Selatan yang akhirnya mendatangkan kerugian yang besar. Persoalannya, apakah rasional Offshore Financial Service Authority meluluskan pinjaman ini dan siapakah yang bertanggungjawab untuk meluluskan pinjaman ini? Apakah Bank Negara juga bertanggungjawab dari segi kelulusan pinjaman ini?

ii) Macam manakah sistem pengurusan risiko (Risk Management System) beroperasi di dalam sistem perbankan Islam?

iii) Macam manakah manipulasi dilakukan ke atas skim pinjaman tanpa pengenaan bunga?

iv) Apakah pengarah/director dalam BIMB ini banker ataupun ulama? Apakah mereka berhak untuk memegang jawatan berkenaan?

v) Apakah kemungkinan Fraud Schemes yang boleh mengeksploitasi sistem perbankan Islam?

vi) Apakah rating agencies merupakan “guard dogs” atau sebahagian daripada Sistem Fraud yang tidak boleh dipercayai?

vii) Apakah peranan kumpulan profesional ulama dalam penipuan perakaunan dalam BIMB Holdings?

viii) Apakah akauntan bukan Islam yang berkelayakan dibenarkan untuk menyiasat penipuan dan penyelewengan dalam sistem perbankan Islam?

ix) Siapakah yang akan bayar kerugian ini?

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2005/10/25/speech-in-parliament-part-iii-kerugian-bank-islam/trackback/

  1. BN::Bank Negara has been sleeping on the job. BIMB was dirctly under its nose and care, how then the RM700 million loss. But will they have the will to investigate fully and bring those responsible to face the music. i am not too hopeful. :)

    Comment by LOne — Friday, 28-10-2005 @ 21: 30.53

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>