KL - Putrajaya Highway in Sri Petaling

Friday, 21-10-2005

Parliament speech Part I
Ucapan Oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Bajet 2006 Pada 13 Oktober 2005

Pembangunan Infrastruktur Mesti Mengambil Kira Social Impact Studies

Datuk yang diPetua, baru-baru ini, Perdana Menteri berkata bahawa kajian kesesuaian (feasibility studies) haruslah dijalankan apabila sesuatu projek pembangunan melibatkan perpindahan penduduk kampong. Saya amat setuju dengan kenyataan Perdana Menteri, dan saya rasa feasibility studies ini juga harus diperluaskan ke projek pembangunan di kawasan bandar. Di sini saya ingin membangkitkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan bandar di mana semakin ramai orang keluar membantah projek lebuhraya bertingkat yang melalui kawasan kediaman mereka. Ini termasuk penduduk di Pulau Pinang yang membantah projek Penang Outer Ring Road (PORR), penduduk di kawasan USJ 3 yang telah keluar bersama dengan ADUN MCA, Lee Hwa Beng untuk membantah lebuhraya bertingkat di kawasan mereka dan juga penduduk di kawasan Taman Rainbow, Jalan Ipoh yang membantah projek lebuh raya bertingkat dari Jalan Duta ke kawasan Ampang. Kesemua bantahan ini dibuat kerana lebuh raya berkenaan melalui kawasan kediaman mereka yang merosakkan keamanan tempat kediaman mereka.

Datuk yang diPertua, di sini saya ingin membangkitkan contoh yang berlaku di kawasan saya, iaitu di Sri Petaling. Projek Lebuh Raya KL – Putrajaya dibina hanya 2.3 meter dari rumah teres yang baru di Jalan 2/149. Perkara ini melibatkan beberapa isu:

I) Masalah dalam Laporan EIA
a) Laporan EIA tidak mengikut garis panduan EIA yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Dalam Garispanduan EIA, di bawah konsep penting EIA, ia menghendaki pihak perancang (planner) menyatakan keperluan projek tersebut (the need of a project) dan memberi pertimbangan atas pilihan projek (consideration of project options). Kedua-dua syarat ini tidak dinyatakan dalam Laporan EIA Lebuhraya KL –Putrajaya;

ii) Laporan EIA dibuat pada tahun 1997, pada masa itu rumah teres di Jalan 2/149 masih belum dibina. Jadi, sekiranya kita baca Laporan EIA projek ini, kita akan mendapati bahawa apabila kerajaan menghendaki projek Lebuhraya itu dipulihkan, pihak LLM tidak menghendaki pihak konsesi untuk membuat EIA itu semula, pihak konsessi masih menggunakan laporan EIA lama. Oleh itu, sekiranya kita baca laporan tersebut, ia masih menyatakan bahawa lebuhraya bertingkat itu mempunyai jarak sebanyak 20 – 50 meter dari lebuhraya tersebut. Sehubungan dengan itu, mukasurat 4-1 dalam Laporan EIA di bawah tajuk “Significant Environmental Impacts and Mitigation Measures”, kita mendapati pihak consultant tidak menyatakan impak dari bahagian Taman Salak Selatan ke Taman Sri Petaling. Laporan EIA langsung tidak menyatakan bahawa Lebuhraya bertingkat tersebut hanya mempunyai jarak sebanyak 2.3 meter dari rumah teres di Jalan 2/149. Selain daripada itu, “set back” yang ditentukan oleh LLM dalam garispanduan ialah 19 meter. Jadi, macam mana LLM meluluskan satu projek lebuh raya yang melanggari “set back” yang ditentukan oleh mereka sendiri?

iii) Garispanduan EIA juga menghendaki pihak konsultan untuk menyatakan pandangan dan perasaan komuniti tempatan terhadap projek tersebut, tetapi ini juga tidak disebut dalam Laporan EIA Projek KL – Putrajaya.

Di sini, saya juga ingin menyeru Jabatan Alam Sekitar supaya lebih telus terhadap laporan EIA bagi projek kerajaan. Laporan EIA haruslah dianggap sebagai dokumen publik dan sekiranya orang awam ingin mengambil salinan Laporan EIA, mereka harus dibenarkan untuk mengambil salinan EIA dan tidak menganggap EIA sebagai dokumen sulit yang tidak boleh diedarkan kepada publik.

II) Masalah LLM
Datuk yang diPertua, saya ingin menyeru pihak LLM supaya lebih responsif terhadap aduan daripada orang awam terhadap projek lebuh raya kerajaan dan mengarahkan pihak konsesi untuk berbuat demikian. Saya difahamkan bahawa seorang penduduk di Sri Petaling yang bernama Sabudin bin Aziz pernah menghantar surat bantahan kepada pihak LLM pada Mac 1997, tetapi pihak LLM tidak membalas suratnya dan mengabaikan seruan dan rayuannya dan meneruskan projek lebuh raya tersebut. Selain itu, penduduk di Sri Petaling juga mengadu pihak syarikat konsesi tidak menegakkan papan tanda mengenai projeknya sejak awal, mereka hanya sedar tentang kewujudan projek lebuh raya bertingkat ini apabila pihak konsesi mula kerja di tempat mereka.

Selain itu, sekarang penduduk di rumah teres terbut telah mengalami keretakan pada dinding rumah mereka, keretakan bukan sahaja berlaku pada bahagian “extention” rumah mereka, tetapi juga pada dinding bahagian rumah asal. Kesalnya, tidak seorang pegawai dari LLM yang melawat rumah yang mengalami keretakan, tetapi hanya konsultan sahaja yang melawat dan memeriksa dinding yang retak tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak konsesi juga mengabaikan aduan daripada penduduk di tapak tersebut dan mulakan kerja mereka pada pukul 6 pagi semasa mereka masih tidur nyenyak.

Kerajaan Harus Mengambil Alih Rumah Teres Jalan 2/149
Datuk yang diPertua, penduduk yang dipengarahui oleh Projek Lebuh raya KL – Putrajaya ini tidak berniat untuk mendesak kerajaan untuk menghentikan projek tersebut, tetapi mereka hanya merayu kerajaan untuk mengambil alih rumah-rumah mereka dengan harga pasaran. Ini adalah permintaan yang adil kerana para pembeli rumah ini langsung tidak sedar tentang kewujudan lebuhraya bertingkat itu apabila mereka membeli rumah mereka beberapa tahun yang lepas. Sekiranya kerajaan sanggup membayar pampasan sebanyak RM38 billion kepada syarikat konsesi kerana kegagalan mematuhi perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat konsesi, kenapakah kerajaan tidak sanggup mengambil alih rumah teres di Jalan 2/149 di Sri Petaling yang bernilai lebih kurang RM30 juta sahaja? Sekiranya kerajaan mengambil alih rumah teres yang terlibat, ia hanya meningkatkan kos pembinaan daripada RM1.3 billion kepada RM1.33 bilion sahaja, masih kurang daripada pampasan sebanyak RM 38 billion yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat konsesi.

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://teresakok.blogsome.com/2005/10/21/speech-on-kl-putrajaya-highway-in-sri-petaling-in-parliament/trackback/

  1. YB, thanks for highlighting our issue here and congrats for setting up your own blog! One important issue that worth highlighting is from the parliament q&a with the Minister of Works,he has clearly stated that the residents are the victims of these irresponsible attitude of the government authorities, i.e. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) and Ministry of Works. All of them failed to carry out the ultimate responsibility given to them as the Guardian of the Rakyat! In our issue, they have failed to carry out what the Government deemed as the best option; i.e. acquire/ restraint the land targeted for highway development from being developed as residential houses and subsequently sold to the publics/rakyat! The worst is after recognising that they have failed to carry out their responsibility, not only did they not face the consequences openly, they chose to “hide”, ignored the pleas from the rakyat, “bull-doze” construction work and even to the extend of “hiding” the facts from the Minister? Can we imagine the attitude of our so called government servants? the one that supposely being paid by our Rakyat’s money and pleaded to safeguard the country and rakyat’s interest! YB, please challenge them to show what actions have they taken to rectify the “mistake” or negligence made, i.e. failed to restraint the land from being developed? They had ample time to rectify but what have they done? All of them cannot point finger to one another, they must sit down together and dare to TELL THE TRUTH (as required by our PM)! Thanks and best regards.

    Comment by Lau Kien Foh — Sunday, 06-11-2005 @ 23: 50.56

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>